LONDON: Pencabar untuk kepimpinan parti pemerintah United Kingdom (UK) memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 100 Ahli Parlimen Konservatif untuk mara ke peringkat seterusnya dalam perlumbaan menggantikan Liz Truss.
Peletakan jawatan Truss sebagai Perdana Menteri mencetuskan satu lagi perlumbaan kepimpinan dalam tempoh empat bulan.
BACA: Baru 45 hari, Liz Truss letak jawatan Perdana Menteri UK
Dalam sidang akhbar, Graham Brady, Ahli Parlimen Kanan Konservatif berkata, setiap calon mesti memperoleh 100 pencalonan daripada penggubal undang-undang untuk bertanding.
"Proses di peringkat Parlimen akan bermula sekarang. Pencalonan kini dibuka dan akan ditutup pada jam 2 petang pada hari Isnin. Calon dijangka mempunyai sekurang-kurangnya 100 rakan sekerja yang mencalonkannya.
"Pencalonan boleh diterima sama ada dengan tandatangan atau melalui e-mel. Kami kemudiannya akan menjalankan apa sahaja undi yang perlu pada hari Isnin. Apabila kami mencapai dua calon terakhir, kami juga akan menjalankan undi indikatif supaya jelas apakah keseimbangan keutamaan dalam parti parlimen," katanya.
Brady menambah, peringkat Parlimen bermula sekarang dengan pencalonan akan ditutup jam 2 petang, pada Isnin.
Sementara itu, Pengerusi Parti Konservatif, Jake Berry berkata, jika terdapat dua calon, pihaknya akan memastikan setiap ahli mempunyai peluang untuk mengundi.
Manakala sekiranya hanya ada seorang calon, tidak akan ada pengundian pengesahan ahli parti Konservatif.
Jelas Berry lagi, jika seorang calon boleh memenuhi sokongan 100 ahli menjelang Isnin, maka UK boleh mempunyai Perdana Menteri baharu pada masa itu.
Bekas Ketua Perbendaharaan Rishi Sunak, bekas Menteri Kabinet Penny Mordaunt dan Setiausaha Pertahanan Ben Wallace adalah antara mereka yang dianggap pencabar yang boleh dipercayai untuk jawatan tertinggi itu.
Terdapat juga spekulasi sengit bahawa bekas Perdana Menteri Boris Johnson juga mungkin kembali.
Astro Awani
Thu Oct 20 2022

Orang ramai dilihat berjalan di sebelah bangunan Parlimen UK. - Foto REUTERS
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Kemelut ekonomi UK: Sunak yakin bentang bajet adil, bertimbang rasa 17 Nov ini
Beliau akan mendapatkan semula kepercayaan rakyat dengan berlaku jujur tentang kesulitan ekonomi yang dihadapi UK.

Rishi Sunak ikrar pimpin Britain keluar daripada krisis ekonomi
Sunak melantik semula Jeremy Hunt sebagai Menteri Kewangan, langkah yang disifatkan bertujuan menenangkan pasaran yang menolak rancangan ekonomi yang dibentang Liz Truss sebelum ini.

PM UK paling muda: Siapa sebenarnya si tampan lagi berpengaruh Rishi Sunak?
Bakal menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom yang baharu, Rishi Sunak merupakan bakal Perdana Menteri UK ke-57 paling muda dan berkaliber.

Boris Johnson kembali ke UK untuk 'kemunculan semula'
Johnson tidak mengulas secara terbuka mengenai tawaran bagi jawatan lamanya itu.

Pound British catat kenaikan selepas Liz Truss umum letak jawatan PM
Pound Britain mencatat kenaikan berbanding dolar AS selepas peletakan jawatan Liz Truss sebagai perdana menteri pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Pemilihan PM UK: Calon ganti Truss perlu 100 sokongan ahli Konservatif
Peletakan jawatan Truss sebagai Perdana Menteri mencetuskan satu lagi perlumbaan kepimpinan dalam tempoh empat bulan.

UK perlu adakan pilihan raya awal - Sturgeon
Dalam sistem demokrasi, rakyat perlu diberi mandat untuk memilih pemimpin, selepas pergolakan politik dan ekonomi yang berlanjutan.

PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan
Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.

Terdapat beberapa kesilapan mengenai pemotongan cukai - Hunt
Jeremy Hunt memaklumkan, meskipun tidak mengundi Liz Truss, namun beliau menyokong rancangan asas untuk negara itu bagi memulihkan UK.

Liz Truss akui terpaksa bertindak agresif, Kwarteng digantikan Jeremy Hunt
Hunt merupakan individu yang dihormati dan diharap dapat menawarkan kestabilan kepada pentadbiran Truss.