Menteri Kewangannya yang baharu, Jeremy Hunt memaklumkan, meskipun tidak mengundi Liz Truss, namun beliau menyokong rancangan asas untuk negara itu bagi memulihkan United Kingdom.
"Sesetengah perkara adalah kesilapan, tetapi strategi asas di sebalik semua itu, iaitu kita perlu menyelesaikan paradoks pertumbuhan jika kita mahu perkhidmatan awam yang dibiayai dengan baik seperti NHS dan untuk mengekalkan cukai rendah dan turun, maka kita perlu meningkatkan kadar pertumbuhan kami.
"Saya tidak mengundi Liz Truss, tetapi saya menyokongnya kerana saya bersetuju dengan rancangan asasnya untuk negara ini, iaitu untuk membuat kita kembali berkembang supaya kita mampu membayar semua perkara yang kita benar-benar mahu," katanya.
Truss cuba memulihkan keyakinan dan membina semula kredibilitinya dengan pelabur antarabangsa dan ahli partinya sendiri selepas "bajet mini" yang beliau dan Kwasa Kwarteng bentangkan tiga minggu lalu mencetuskan kegawatan politik dan ekonomi.
Pengumuman kerajaan pada 23 September bahawa ia merancang untuk mengurangkan cukai sebanyak 45 bilion pound tanpa memperincikan bagaimana ia akan membayarnya sekali gus turut menimublkan kebimbangkan pelabur.