SUSULAN kematian Putera Philip pada pagi Jumaat, United Kingdom mengumumkan tempoh berkabung selama lapan hari.
Penghormatan terakhir turut diberikan kepada suami Ratu Elizabeth II itu di seluruh London di mana paparan skrin di Piccadily Circus memaparkan foto Duke of Edinburgh itu.
Rakyat Britain turut berduka dengan meletakkan bunga di hadapan Istana Buckingham.
Sebagai penghormatan juga, Westminster Abby turut membunyikan loceng sebanyak 99 kali, sebagai simbolik usia Putera Philip ketika menghembuskan nafas terakhir.
BACA: Putera Philip meninggal dunia: Bendera Union Jack dikibar separuh tiang di Istana Buckingham
BACA: 10 fakta tentang Putera Philip, Duke of Edinburgh
Untuk rekod, Putera Philip tidak akan diberikan upacara pengebumian negara atau diberi penghormatan awam oleh orang ramai.
Bagi menghormati permintaan mendiang, jasadnya akan diletakkan di Istana Windsor menjelang pengebumian di Gereja St George.
Sementara itu, Ketua Pengarang True Royalty TV, Nick Bullen berkata walaupun kerajaan Britain tidak membenarkan orang ramai berkumpul di hadapan Istana Buckingham, kemungkinan arahan itu tidak diendahkan rakyat jelata.
Bullen meramalkan akan lebih ramai rakyat jelata yang keluar memberikan penghormatan terakhir ke atas pemergian Putera Philip.
"Kerajaan mengeluarkan arahan agar orang ramai tidak berkumpul bagi meletakkan bunga di beberapa kawasan di Istana, tetapi, saya rasa, ia sesuatu yang sukar untuk menghalang orang ramai dari berkumpul.
"Media sudah menunjukkan, orang ramai sudah mula keluar untuk berkongsi kesedihan setelah pengumuman dibuat. Rakyat berduka dengan pemergian Duke of Edinburgh dan mahu memberi penghormatan terakhir.
"Begitu juga kepada Ratu Elizabeth II yang akan berusia 95 tahun pada 21 April ini. Wanita ini akan mengebumikan suaminya dan dalam masa beberapa hari lagi akan meraikan ulang tahunnya dan melangkah ke tahun jubli platinumnya.
"Seperti yang kita tahu, ini adalah tahun jubli yang tidak pernah dialami raja lain. Oleh itu, saya rasa orang ramai akan tetap berkumpul menyokong Ratu," katanya.
Astro Awani
Fri Apr 09 2021
![Pemergian Putera Philip: Rakyat Britain berkabung Pemergian Putera Philip: Rakyat Britain berkabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618010502_PrincePhilip.jpg)
Seorang lelaki meletakkan jambagan bunga di luar Istana Buckingham, London, sebagai tanda penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip yang meninggal dunia pada Jumaat. (Foto AP).
Fokus Minggu Depan: Garis panduan, muhibah dan sensitivity
Ikuti ulasan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin mengenai garis panduan bagi muslim yang mengikuti program anjuran bukan muslim dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739012767_banjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga pagi tadi.
Pesawat Bering Air yang hilang dijumpai terhempas, semua penumpang maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Trump sekat ICC: Beri isyarat Israel kebal undang-undang - Amnesty
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Kinabatangan dilanda banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun
Kinabatangan kini berdepan banjir terburuk dalam tempoh lapan tahun, dengan paras air melepasi tahap bahaya dan memaksa penduduk di beberapa kampung berpindah ke pusat pemindahan sementara.
![Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738553906_TBOlafScholzjp.jpg)
Canselor Jerman Scholz kecam dasar luar Trump
Scholz mengecam cadangan Trump agar bantuan ketenteraan berterusan kepada Ukraine harus dikaitkan dengan akses kepada sumber asli negara itu.
![Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739011710_Afghanistan.jpg)
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air pada Januari
Seramai 18,300 pelarian Afghanistan pulang ke negara asal pada Januari tahun ini.
![Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024 Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739012198_NinoyAquinoInterna.jpg)
Filipina halang kemasukan 137 pesalah jenayah seksual asing pada 2024
Selain larangan masuk, individu terbabit turut dimasukkan ke dalam senarai hitam biro sebagai "warga asing tidak diingini".
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.
![Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734902174_GermanyChristmasMa.jpg)
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
![17 maut dalam nahas bas di timur Brazil 17 maut dalam nahas bas di timur Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718098718_Crash.jpg)
17 maut dalam nahas bas di timur Brazil
Bas mmebawa 40 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan daerah Uniao dos Palmares.
![Venice berkabung selepas 21 maut dalam nahas bas Venice berkabung selepas 21 maut dalam nahas bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696457723_ItalyBusCrash.jpg)
Venice berkabung selepas 21 maut dalam nahas bas
Bendera di bangunan rasmi di rantau ini akan dikibarkan separuh tiang kerana tragedi yang besar ini.
![Angka kematian kebakaran kelab malam di Sepanyol meningkat kepada 13 orang Angka kematian kebakaran kelab malam di Sepanyol meningkat kepada 13 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696194827_TBSpainNightclubFir.jpg)
Angka kematian kebakaran kelab malam di Sepanyol meningkat kepada 13 orang
Kebakaran bermula dari satu daripada kelab berkenaan pada 6 pagi (0400 GMT) dan api marak dengan pantas ke premis lain.
![Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691137407_TBSUKTerengganu.jpg)
Rakyat Terengganu diingatkan patuhi kod etika pakaian selama tempoh berkabung
Seluruh rakyat Terengganu dinasihatkan untuk mematuhi kod etika berpakaian selama lima hari tempoh berkabung.
![Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686788512_MigrantShipwreck.jpg)
Greece umum tiga hari berkabung susulan insiden kapal karam
Greece akan berkabung selama tiga hari bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden kapal karam di perairan antarabangsa dekat bandar Pylos,
![Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675725808_TBTURKEY.jpg)
Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.
![Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652451298_TBkhalifa.jpg)
Pemimpin seluruh Asia Barat berkabung atas pemergian Presiden UAE
Pemimpin di seluruh Asia Barat menzahirkan kesedihan atas pemergian Presiden UAE Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang meninggal dunia.
![Nahas China Eastern Airlines: Keluarga mangsa nahas pesawat berkabung Nahas China Eastern Airlines: Keluarga mangsa nahas pesawat berkabung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648398155_TBBERKABUNG.jpg)
Nahas China Eastern Airlines: Keluarga mangsa nahas pesawat berkabung
Upacara berkabung bagi mengenang mangsa tragedi pesawat China Eastern Airlines yang mengorbankan 132 nyawa diadakan di lokasi nahas pada Ahad petang.
![Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624594364_BenignoAquino.jpg)
Kematian Benigno Aquino, Filipina berkabung 10 hari
Filipina akan berkabung selama 10 hari bermula 24 Jun, berikutan kematian bekas Presiden Benigno "Noynoy" Aquino III.