JOHANNESBURG: Seorang anggota delegasi Presiden China, Xi Jinping telah dihalang daripada mengiringi pemimpin itu selepas pegawai keselamatan Afrika Selatan menutup pintu semasa Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg.
Insiden itu yang sempat dirakam lensa kamera menjadi tular selepas ia dimuat naik laman media sosial.
Rakaman video berdurasi kurang satu minit itu jelas menunjukkan anggota delegasi tersebut dipercayai penterjemah kepada Jinping dihalang dan ditarik daripada memasuki dewan utama Pusat Konvensyen Sandton.
Sebelum pintu tersebut ditutup, pegawai China itu dilihat cuba mengejar Jinping yang berjalan seorang diri di hadapan.
Bunyi pergelutan jelas kedengaran dengan Jinping beberapa kali menoleh ke belakang sebaik pintu ditutup.
Pihak berkuasa China dan Afrika Selatan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Sidang kemuncak BRICS diadakan dari 22 hingga 24 Ogos di Johannesburg dengan lebih 40 pemimpin asing mengambil bahagian.
Kesatuan itu merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan. Ia kini menyasarkan untuk menjadi “BRICS plus” dan menerima ramai ahli baharu.
Selain Jinping, Luiz Inacio Lula da Silva (Brazil), Cyril Ramaphosa (Afrika Selatan) dan Perdana Menteri India Narendra Modi turut menghadiri sidang kemuncak itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin pula diwakili oleh Menteri Luar Sergei Lavrov.
Bagaimanapun Putin dijadual akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak itu melalui pautan video. - Agensi
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
Tangkap layar video menunjukkan anggota keselamatan Afrika Selatan menghalang anggota delegasi China mengiringi Presiden Xi Jinping. - Agensi
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Pembantu dihalang iringi Presiden China Xi Jinping
Seorang anggota delegasi Presiden China, Xi Jinping telah dihalang daripada mengiringi pemimpin itu semasa Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg.
Kezaliman dialami rakyat Palestin tidak boleh berlanjutan - Presiden China
Presiden China Xi Jinping melahirkan rasa tidak puas hati dengan kezaliman yang dialami rakyat Palestin serta mengesahkan sokongan China terhadap negara Palestin yang merdeka.
Presiden China Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis
Presiden China Xi Jinping dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-20 Parti Komunis China (PKC) pada sesi pleno pertama jawatankuasa itu.
Modenisasi ala China sesuai dengan keadaan di China - Xi Jinping
Modenisasi ala China yang berakar umbi di China sesuai dengan keadaan negara itu, kata Presiden China Xi Jinping.
Presiden China Xi Jinping ucap tahniah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu.
Xinjiang kini jadi hab penting buat China - Xi Jinping
Xinjiang yang majoritinya penduduk etnik Uygur kini bukan lagi kawasan terpencil, tetapi merupakan zon dan hab penting.
Kerjasama antarabangsa seimbangkan kesan COVID-19 dengan pembangunan ekonomi
Xi berkata China akan terus berkongsi pengalamannya, membantu negara miskin, serta meningkatkan akses dan kemampuan vaksin COVID-19 di negara-negara membangun.
Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.
Ikrar Xi Jinping melawan 'wabak syaitan'
China akan meningkatkan kerjasama antarabangsa dan mengalu-alukan penyertaan WHO sebagai usaha mencegah wabak tersebut.