TOKYO: Polis sedang mengesan seorang pemancing yang dilaporkan hilang di sebuah tasik di wilayah paling utara Jepun, Hokkaido dan mengesyaki dia mungkin diserang beruang selepas kepala manusia ditemukan di kawasan itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Menurut polis, Toshihiro Nishikawa, 54, hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya, lapor Kyodo News.
Pegawai tempatan berkata maklumat itu mendorong pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi memburu beruang dan pasukan mencari membunuh seekor haiwan itu pada petang Isnin.
Kepala manusia juga ditemukan semasa operasi di kawasan itu dan polis sedang menyiasat sama ada ia adalah milik Nishikawa, menurut Kyodo News.
Polis Hokkaido berkata penampakan beruang semakin meningkat tahun ini dan telah menerima 339 laporan sehingga Khamis lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Mangsa hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya. -Gambar hiasan/Unsplash
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Pemancing disyaki diserang beruang selepas penemuan kepala manusia
Toshihiro Nishikawa hilang ketika keluar memancing seorang diri pada Ahad di Tasik Shumarinai di pekan Horokanai dan seekor beruang dikesan dengan pakaian memancing berjuntai dari mulutnya.