SADAO: Sebelum pandemik COVID-19 melanda, Pekan Danok di wilayah Sadao di selatan Thailand merupakan destinasi popular pilihan rakyat Malaysia untuk melancong, berhibur selain membeli pelbagai barangan.
Pekan Danok yang berjiran dengan Bukit Kayu Hitam biasanya sibuk dengan pelbagai aktiviti, namun kini sunyi dan lengang susulan penutupan pintu sempadan Thailand-Malaysia sejak Mac tahun lepas.
Premis perniagaan di pekan sempadan Thailand-Malaysia itu masih tutup meskipun kerajaan Thailand sudah membenarkan sektor perniagaan beroperasi.
Rata-rata ekonomi tempatan dan industri pelancongan di Pekan Danok yang bergantung kepada kedatangan warga asing, terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Ketiadaan pengunjung khususnya dari Malaysia dan Singapura menyebabkan restoran, kedai makanan, pusat hiburan dan kedai urut terpaksa gulung tikar.
Melihat kejayaan "Phuket Sandbox", pelancong lengkap dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan mengunjungi pulau peranginan itu tanpa kuarantin, penasihat Persatuan Usahawan Danok Dr Suthiphong Sitthipataraprapha mencadangkan Pekan Danok dibuka khas kepada pengunjung dari Malaysia yang lengkap dua dos vaksin.
Jelasnya, "Danok Sandbox" boleh dimulakan dengan membenarkan kemasukan pelancong dari Malaysia memandangkan negara ini bakal mencapai imuniti kelompok menjelang Oktober, ia sekali gus membantu menghidupkan semula ekonomi tempatan di Pekan Danok.
"Danok Sandbox" satu projek perintis untuk membuka semula pekan atau bandar di sempadan kepada pelancong dan pengunjung asing.
"Pengunjung perlu menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum tiba di Pekan Danok. Mereka hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 2.7 kilometer dari sempadan dan hanya boleh tinggal di hotel terpilih di bawah Safety and Health Administration (SHA)," katanya kepada Bernama.
Jun lalu, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha mengumumkan Thailand akan membuka semula sempadannya kepada pelawat antarabangsa dalam masa 120 hari atau menjelang pertengahan Oktober.
Selain "Phuket Sandbox", Thailand turut melancarkan "Samui Plus", menyaksikan pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao, sejak 15 Julai lalu.
Phuket telah menyambut 26,400 pengunjung sepanjang dua bulan pertama, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, selepas membuka pintu kepada pelancong dan menjana pendapatan bernilai 1.63 billon Baht.
Melalui program "Samui Plus" pula, pelancong berpeluang mengunjungi Koh Samui, Koh Pha-ngan dan Koh Tao. Sejak dimulakan pada 15 Julai dan sehingga 31 Ogos lalu Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) memaklumkan program itu telah menerima 918 pengunjung, dengan 6,329 tempahan bilik, menghasilkan pendapatan 37.6 juta Baht .
Sebagai usaha untuk merangsang semula industri pelancongan, Thailand juga merancang membuka kembali lebih banyak destinasi pelancongan popularnya termasuk Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai pada Oktober.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Industri Pelancongan Thailand wilayah Songkhla Aida Oujeh berharap kerajaan Thailand dapat mempercepatkan kempen vaksinasi di wilayah Songkhla, khususnya di Pekan Danok untuk membolehkan mencapai imuniti kelompok dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini, suntikan vaksin COVID-19 di Pekan Danok hanya 30 hingga 35 peratus sahaja," katanya sambil menambah agar pemandu pelancong, pemandu teksi, tuk-tuk dan van pelancong harus diberi vaksinasi.
Cadangan "Danok Sandbox" sudah tentu memberi khabar gembira buat pemain industri untuk merangsang ekonomi tempatan namun, pelbagai langkah serta inisiatif perlu diambil bagi memastikan ia memanfaatkan penduduk dan yang paling penting tiada penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
![Pemain industri selatan Thailand cadang 'Danok Sandbox' rangsang ekonomi tempatan Pemain industri selatan Thailand cadang 'Danok Sandbox' rangsang ekonomi tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631854968_danok.jpg)
Premis perniagaan di pekan sempadan Thailand-Malaysia itu masih tutup meskipun kerajaan Thailand sudah membenarkan sektor perniagaan beroperasi. - Google Map
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627839251_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok 10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51522228885_handcuff.jpg)
10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok
Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.
![Tujuh warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan disko di Danok Tujuh warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan disko di Danok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528472102_DadahThai.jpg)
Tujuh warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan disko di Danok
Turut ditahan dalam serbuan bermula dari 1 pagi (waktu tempatan) hari ini dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.
!['Hilangnya' Jalur Gemilang di pintu sempadan 'Hilangnya' Jalur Gemilang di pintu sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71515938832_DrHazmi.jpg)
'Hilangnya' Jalur Gemilang di pintu sempadan
Potret Raja Thailand terpampang dan bendera kebangsaan Thailand berkibaran tepat di wilayahnya tetapi tidak kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di Malaysia.
![90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan dalam serbuan pusat judi haram di Danok 90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan dalam serbuan pusat judi haram di Danok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465647744_Judi.jpg)
90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan dalam serbuan pusat judi haram di Danok
Pihak berkuasa turut merampas 35 alat perjudian serta pelbagai matawang asing dan tempatan bernilai 2.3 juta Baht.
![Rakyat Malaysia tangguh sambut Krismas di Danok Rakyat Malaysia tangguh sambut Krismas di Danok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61387875987_295x200.jpg)
Rakyat Malaysia tangguh sambut Krismas di Danok
Rakyat Malaysia mula menangguhkan percutian sempena cuti Hari Krismas ke Danok susulan letupan bom yang berlaku di sana baru-baru ini.
![Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51387874786_120x90.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand
Rakyat Malaysia dinasihati agar menangguhkan sebarang perancangan untuk ke selatan Thailand susulan serangan bom di Danok baru-baru ini.
![Letupan di Padang Besar, hanya salah faham - Ketua Polis Perlis Letupan di Padang Besar, hanya salah faham - Ketua Polis Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/61387845199_295x200.jpg)
Letupan di Padang Besar, hanya salah faham - Ketua Polis Perlis
Ikuti penjelasan Ketua Polis Perlis, Datuk Zullaznam Haron berhubung kekeliruan lokasi kejadian letupan bom iaitu Padang Besar.
![Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia elak kunjungi selatan Thai Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia elak kunjungi selatan Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51387753764_295x200.jpg)
Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia elak kunjungi selatan Thai
Rakyat Malaysia perlu menimbangkan, buat masa ini, untuk menangguhkan sebarang kunjungan tidak perlu ke wilayah terbabit bagi keselamatan diri mereka dan atas sebab-sebab keselamatan.
![Tiada rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom Selatan Thai Tiada rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom Selatan Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/51387753764_295x200.jpg)
Tiada rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom Selatan Thai
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand pada hari Ahad.