PELURU berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.

CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.

Pada Ahad, Iran melancarkan ratusan dron dan peluru berpandu dalam serangan balas selepas serangan yang disyaki israel di kawasan kedutaannya di Syria.

Bagaimanapun kebanyakan dron dan peluru berpandu telah ditembak sebelum sampai ke wilayah israel.

Israel berkata ia akan bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron Iran pada 13 April.