ANDA ingat lagi pada bulan Mei lepas, semasa OpenAI melancarkan ChatGPT-4o mereka ada mengacah kemampuan berinteraksi bersama chatbot AI ini seakan dari dalam filem Her?


Ringkasan AI
  • OpenAI memperkenalkan ciri panggilan video untuk ChatGPT-4, membolehkan pengguna berinteraksi dengan chatbot AI seperti dalam filem "Her".
  • ChatGPT boleh memahami rakaman kamera termasuk persekitaran dan emosi pengguna.
  • Ciri ini kini tersedia untuk pelanggan ChatGPT Plus dan ChatGPT Pro. Pengguna boleh mengaksesnya melalui mod Advanced Voice dalam aplikasi.
  • ChatGPT Plus boleh dilanggan di Malaysia dengan harga RM95.99 pada peranti Android, manakala ChatGPT Pro berharga RM890 sebulan dan hanya boleh dilanggan melalui laman web.


Pengguna boleh melakukan “panggilan video” untuk berinteraksi bersama ChatGPT dan ia boleh memahami apa yang dirakam dengan kamera termasuk persekitaran dan juga emosi pengguna.

Ciri ini kini diedarkan kepada pengguna terplilih.

Pelanggan ChatGPT Plus dan ChatGPT Pro kini boleh memanfaatkan ciri Video di dalam mod Advanced Voice.

Dari dalam aplikasi, tekan sahaja ikon suara dan kemudian selepas bebola suara dimuatkan tekan ikon video.

Ia akan memaparkan tetingkap kecil untuk rakaman dari kamera hadapan atau kamera belakang selain turut membolehkan pengguna kongsi skrin untuk ChatGPT menganalisis apa yang terpapar pada skrin peranti pengguna.

Dari mod ini, pengguna kemudian boleh bertanya pelbagai soalan dan berinteraksi seakan berbual bersama rakan dalam panggilan video.

Pengguna boleh memperkenalkan rakan-rakan lain, bermain permainan, belajar sesuatu dan banyak lagi.

Ciri ini agak hebat dan menarik, berbeza pada Google Gemini yang terhad kepada memasukkan pautan video YouTube atau baca apa yang terpapar pada skrin sahaja.

ChatGPT Plus boleh dilanggan di Malaysia dengan harga RM95.99 pada peranti Android. Langganan ChatGPT Pro terhad di laman web sahaja dengan harga RM890 sebulan. -Amanz