Lebih seribu pelampau Yahudi menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, semalam di tengah-tengah tindakan kekerasan yang semakin meningkat dilakukan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin.
Agensi berita Safa melaporkan kira-kira 1,042 individu bersama puluhan agen risikan menyerbu masuk ke kawasan terbabit melalui pintu al-Magharibah diiringi pasukan keselamatan Israel.
"Mereka sememangnya biadab melakukan tindakan provokasi seperti itu dan turut membaca ayat dalam kitab Talmud dengan kuat serta diberi penerangan tentang Haikal Sulaiman. Pengawal al-Aqsa, Muhammad al-Salhi ditahan selepas dia diserang ketika cuba menghalang kumpulan tersebut," menurut laporan itu lagi.
Difahamkan, kumpulan itu kemudiannya keluar melalui pintu al-Silsileh.
Hari ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadualkan merasmikan pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis walaupun langkah kontroversi itu berdepan bantahan masyarakat antarabangsa.
Dalam perkembangan berkaitan, Tel Aviv memberi lampu hijau ke atas projek kereta kabel yang menghubungkan Baitulmaqdis Barat dan Kota Lama.
Menurut Menteri Pelancongan Israel, Yariv Levin, projek itu kononnya akan mengubah wajah Baitulmaqdis dan memudahkan pelancong dan akses lebih selesa ke Tembok Barat.
Laluan sepanjang 1.4 kilometer menelan kos AS$56 juta (RM221 juta) itu dijangka beroperasi menjelang 2021.
Sinar Harian
Sun May 13 2018
Ribuan pelampau Yahudi itu mencemari kesucian al-Aqsa, pada 13 Mei 2018. - Foto Sinar Harian
Hospital UMS bakal beroperasi pada tahun 2026
Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang dalam proses pembinaan bakal beroperasi pada bulan Januari 2026
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
Pochettino kemudi skuad bola sepak AS
Bekas jurulatih Tottenham Hotspur, Chelsea, PSG dan Espanyol itu menggantikan Gregg Berhalter dari Amerika yang dipecat pada Julai.
Taylor Swift sokong Kamala Harris dalam pilihan raya AS
Taylor Swift sokong Kamala Harris untuk Pilihan Raya 2024, sindir JD Vance dan seru pengundi demi hak yang diperjuangkan Harris.
Debat calon presiden: Jika Harris menang, Israel tidak akan wujud dua tahun lagi - Trump
Bekas presiden AS itu berkata, Harris "membenci Israel" dan tidak menyokong Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS menjelang laporan inflasi AS
Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam.
Malaysia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, di tengah-tengah ketegangan AS-China – PM
Malaysia bimbang dengan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China tetapi ia tidak boleh dipaksa untuk berpihak, kata Perdana Menteri.
Dunia tidak boleh berdiam, puluhan tebusan rakyat Israel masih ditahan di Gaza - AS
AS harap gencatan senjata segera dicapai kerana simpati masih ramai tebusan rakyat Israel menanti untuk pulang ke negara mereka.
4 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Hawaii
Satu insiden tembakan di Honolulu County, Hawaii pada Sabtu malam mengorbankan empat orang termasuk suspek manakala dua lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.
Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.