Seorang pegawai awam India telah dipecat dari jawatannya setelah mengambil cuti tidak sah 24 tahun yang lalu selain tidak akan dibenarkan kembali bertugas,kata kementerian pembangunan bandar, Khamis.
Pegawai terbabit, Penolong jurutera eksekutif, AK Verma sebelum ini pergi bercuti pada tahun 1990 selepas menyertai Jabatan Kerja Raya Rakyat India (CPWD).
Verma ketika itu mengingkari arahan kembali bekerja oleh pegawai atasannya selepas permohonan untuk cuti tambahannya ditolak, tetapi jabatannya hanya mula mengambil tindakan rasmi pada 2007, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Semalam, Menteri Pembangunan Bandar, M. Venkaiah Naidu mengarahkan pemecatannya bagi "menyelaraskan fungsi CPWD dan untuk memastikan akauntabiliti."
Penjawat awam India sudah lama terkenal dengan sering lewat ke tempat kerja, mengambil masa makan yang panjang atau menghabiskan sebahagian besar hari mereka di padang golf.
Satu kaji selidik 2012 oleh perunding Risiko Politik dan Ekonomi yang berpangkalan di Hong Kong telah menilai birokrasi India sebagai yang paling teruk di kalangan negara-negara Asia.
Perdana Menteri Narendra Modi pernah berkata beliau terkejut dengan apa yang dilihatnya berlaku dalam kerajaan selepas berpindah ke New Delhi setelah meraih kemenangan pilihan raya yang besar pada Mei tahun lepas.
Beberapa bulan pertama berkhidmat, Modi sudah mempunyai reputasi untuk membuat lawatan secara mengejut ke pejabat-pejabat kerajaan.
Kebimbangan ditangkap ponteng telah meningkatkan tahap kehadiran di kalangan kakitangan awam selain padang-padang golf utama Delhi dilaporkan mula lengang.
AFP
Thu Jan 08 2015
Pegawai terbabit ketika itu mengingkari arahan kembali bekerja oleh pegawai atasannya selepas permohonan untuk cuti tambahannya ditolak.
EPL: Dimana sahaja saya tamatkan karier, saya akan gembira - Mohamed Salah
Dua gol dan dua bantuan gol oleh Salah memastikan Liverpool terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu EPL.
OpenAI umum model 'o3', versi baharu dengan kebolehan penaakulan
Model o3 kini hanya dibuka kepada para pengkaji keselamatan kecerdasan buatan, dengan model o3-mini dijangka tersedia kepada umum pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.
Prosiding 22 ahli GISB pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Hakim membuat keputusan itu pada sebutan semula kes kesemua tertuduh berkenaan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
Ella ceburi industri fesyen Muslimah
Ia dibuat berdasarkan minat mendalamnya terhadap fesyen, selain keinginan memberi inspirasi kepada perubahan diri dan budaya ekspresi diri.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Pegawai awam India dipecat kerana ambil cuti tidak sah 24 tahun lalu
Seorang pegawai awam India telah dipecat kerana mengambil cuti 24 tahun yang lalu dan tidak akan kembali ke mejanya,kata kementerian pembangunan bandar.