NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengalu-alukan perjanjian Arab Saudi-Iran untuk menyambung semula hubungan diplomatik selain memuji peranan yang dimainkan China dalam proses itu.
"Bagi pihak setiausaha agung saya menyambut baik kenyataan bersama tiga pihak oleh Kerajaan Arab Saudi, Iran dan China yang disepakati hari ini di Beijing...untuk menyambung semula hubungan diplomatik dalam tempoh dua bulan.
"Setiausaha agung juga telah merakamkan penghargaan kepada China kerana menganjurkan rundingan itu dan mempromosikan dialog antara kedua-dua negara," kata jurucakap PBB Stephane Dujarric kepada pemberita pada taklimat media harian.
Setiausaha agung turut memuji usaha negara lain seperti Oman dan Iraq.
Sambil menyifatkan kepentingan hubungan yang baik antara Iran dan Arab Saudi untuk kestabilan rantau Teluk, Dujarric berkata setiausaha agung bersedia untuk membantu memajukan lagi dialog serantau dan memastikan keamanan serta keselamatan yang berkekalan di rantau Teluk.
Sementara itu, Iraq juga mengalu-alukan perjanjian itu selepas bertahun-tahun persengketaan yang mencetuskan ketegangan di Timur Tengah.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iraq memaklumkan bahawa perjanjian itu telah membuka "lembaran baharu dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara jiran itu."
Menurut kenyataan Kementerian Luar Jordan, langkah itu diharap akan meningkatkan kestabilan dan keselamatan di rantau ini sambil memelihara kedaulatan negara dan tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman.
Menteri Luar Lubnan Abdallah Bou Habib pada Jumaat berkata perjanjian antara Arab Saudi dan Iran itu diharap bukan sahaja dapat meningkatkan keselamatan dan kestabilan di Timur Tengah malah memberi manfaat kepada rantau ini dan dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

PBB juga bersedia untuk membantu memajukan lagi dialog serantau dan memastikan keamanan serta keselamatan yang berkekalan di rantau Teluk. - Foto Wikipedia

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Fasa pertama pembinaan bangunan terpanjang dunia The Line bermula
Pembinaan fasa pertama, Hidden Marina, telah dimulakan dan akan mempunyai keluasan lantai 21 juta meter persegi.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Pakistan, OIC kecam Netanyahu atas cadangan tubuh negara Palestin di Arab Saudi
Pakistan mengecam Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mencadangkan agar sebuah negara Palestin ditubuhkan di Arab Saudi.

Arab Saudi anggap cadangan PM Israel helah alih tumpuan daripada jenayah perang di Gaza
Arab Saudi menyatakan penghargaan kepada kecaman, bantahan dan penolakan penuh daripada negara-negara Arab terhadap Benjamin Netanyahu yang mencadangkan pemindahan rakyat Palestin.

Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".

Malaysia kekal bebas dari sekatan visa MEV, tanda kepercayaan Arab Saudi terhadap Tabung Haji - Mohd Na'im
Malaysia kekal tidak terjejas oleh sekatan pengeluaran visa berbilang kemasukan (MEV) yang dikenakan ke atas 14 negara.

Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.