ISLAMABAD: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memotong bantuan makanan kepada dua juta penduduk Afghanistan akibat kekurangan dana yang besar, menurut organisasi itu menerusi satu kenyataan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang terputus bantuan sokongan WFP pada tahun ini mencecah 10 juta.
"Dengan sumber yang sedikit yang kita miliki, kita tidak dapat memenuhi semua orang yang berada di ambang kemiskinan total," kata Hsiao-Wei Lee, pengarah WFP di Afghanistan.
Potongan ini bermaksud 1.4 juta ibu yang baharu melahirkan dan hamil serta anak-anak mereka tidak lagi menerima makanan khas yang direka untuk mencegah malnutrisi, menurut agensi itu.
"Untuk enam bulan yang akan datang, WFP memerlukan US$1 bilion untuk memenuhi keperluan 21 juta orang dengan bantuan makanan, pemakanan, dan sokongan mata pencarian," tambah kenyataan itu.
Afghanistan sedang menghadapi kesan konflik selama 40 tahun, ekonomi yang terjejas, dan kesan krisis iklim.
WFP menggesa negara penderma untuk memberi keutamaan kepada pembiayaan operasi kemanusiaan di Perhimpunan Agung PBB tahunan yang akan datang di New York.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023
WFP menggesa negara penderma untuk memberi keutamaan kepada pembiayaan operasi kemanusiaan di Perhimpunan Agung PBB tahunan yang akan datang di New York. - Reuters
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat dan mampan.
Gempa bumi di Tibet ragut 95 nyawa, 130 cedera
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Data peribadi pengguna selamat, tahap keselamatan kod QR di tahap tinggi - JIM
Aspek keselamatan data pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi mengelak kecurian data.
Syria tidak dapat import keperluan asas susulan sekatan AS
Syria tidak dapat membuat perjanjian untuk mengimport bahan api, gandum dan barang-barang penting lain disebabkan sekatan ketat dikenakan Amerika Syarikat.
Pemimpin Kanada gesa Trudeau bertindak sebelum lepas jawatan
Barisan Premier dan pemimpin parti di Kanada menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman dibuat Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump.
Sarawak perlu lebih 800,00 pekerja ladang kelapa sawit
Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Negeri Datuk Seri Stephen Rundi Utom, jumlah berkenaan hanya melibatkan ladang yang diuruskan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan tidak mengambil kira sektor pertanian lain.
SE terima tawaran bangunkan projek solar 15-MWAC
Sabah Electricity (SE) memperoleh tawaran pembinaan projek Large-Scale Solar Photovoltaic (LSSPV) sebanyak 15 Megawatt AC (MWAC) daripada Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) yang akan membantu meningkatkan margin rizab grid elektrik Sabah.
MAH nyatakan komitmen jayakan TMM2026
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan kejayaan usaha pelancongan Malaysia menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta).
Penipuan dalam talian ancam reputasi Malaysia sebagai lokasi perniagaan selamat
Jenayah senyap yang menjejas ekonomi global itu tidak hanya melibatkan individu, namun secara ketara turut merencatkan ekonomi.
PBB potong bantuan makanan untuk dua juta rakyat Afghanistan akibat kekangan pembiayaan
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang terputus bantuan sokongan WFP pada tahun ini mencecah 10 juta.