WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis, lapor agensi berita Anadolu.
Guterres "amat bimbang dengan kemusnahan berterusan itu," kata jurucakap Stephane Dujarric kepada wartawan di ibu pejabat PBB di New York.
"Beliau sekali lagi menggesa Israel menghentikan tindakan mengusir dan memusnahkan sejajar dengan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi manusia," tambah Dujarric.
Gesaan itu dibuat sehari selepas Israel merobohkan sebuah kedai dan pangsapuri di kawasan Silwan, Baitulmaqdis Timur.
Israel mendakwa dua struktur bangunan di kawasan al-Bustan dan al-Suwayeh itu tidak mempunyai permit, kata penduduk setempat.
Tindakan Israel itu mencetuskan pertempuran antara rakyat Palestin dengan polis Israel, yang kemudian menembak gas pemedih mata dan peluru getah untuk menghentikan penunjuk perasaan.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata 13 anggota paramedik turut cedera.
Rakyat Palestin menuduh Israel meroboh bangunan di kejiranan Silwan, di selatan kompleks Masjid Al-Aqsa, bertujuan untuk mengusir penduduk Arab dan memberi keutamaan kepada pendatang Israel.
Dalam wawancara dengan Anadolu, Pengarah Pusat Wadi Hilweh, Jawad Siam, memberi amaran "sekitar 8,000 orang berisiko diusir secara langsung atau tidak langsung dari Silwan sama ada melalui tindakan meroboh atau mewujudkan penempatan"
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021

Guterres mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis. -Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.
Siklon Alfred: Penduduk bergelut dengan pokok tumbang, bekalan elektrik terputus
Kira-kira 316,540 penduduk terputus bekalan elektrik di tenggara Queensland, dengan bandar Gold Coast merupakan kawasan paling teruk terjejas.
Darurat diisytiharkan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar.
Penunjuk perasaan berhimpun, tuntut keadilan dan keselamatan kanak-kanak
Mereka turut mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab penuh serta memberikan jaminan keselamatan kanak-kanak di negara itu terpelihara.

Masters Orleans: Strategi pukulan sempurna Wan Aris- Roy King undang padah - Rexy
Strategi pasangan beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk menghasilkan pukulan sempurna mengundang padah apabila tersingkir di separuh akhir Masters Orleans 2025, pada Sabtu.
Malaysia mahu tetapkan standard baharu tadbir urus global
Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global, berasaskan nilai-nilai berkekalan seperti keterangkuman, kepelbagaian dan perancangan berorientasikan masa hadapan.
AI perlu diperkenalkan di sekolah rendah, tanpa tambah sukatan sedia ada
Penggunaan kecerdasan buatan (AI) di peringkat sekolah rendah wajar diperkenalkan secara berperingkat dengan pendekatan lebih organik, tanpa menambah beban sukatan pelajaran sedia ada.

Ketua Suruhanjaya AU desak penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

PBB: Kelaparan sebagai senjata adalah jenayah perang di Gaza
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB di Palestin menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin.

PBB kurangkan bantuan pelarian Rohingya di Bangladesh
Kekurangan dana yang teruk memaksa pengurangan nilai baucar makanan bulanan dari AS$12.50 kepada AS$6 seorang.

PBB beri amaran tentang krisis kemanusiaan 'yang parah' di Afghanistan
Lebih separuh daripada populasi, iaitu 23 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan di negara itu, kata jurucakap PBB Stephane Dujarric.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

PBB isytihar 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) secara rasmi mengisytiharkan 28 Januari sebagai Hari Kewujudan Bersama Secara Aman Antarabangsa.

'Kesan dahsyat' ke atas Gaza susulan penutupan sempadan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa penutupan tiga lintasan sempadan Israel yang berlanjutan sejak tiga hari lalu berisiko mencetuskan "kesan dahsyat" ke atas Seme

WFP tutup pejabat di Afrika Selatan susulan pemotongan dana AS
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia tegaskan semula komitmen terhadap hak asasi manusia pada Sesi UNHRC Ke-58
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap hak asasi manusia.