Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan perkembangan krisis yang tercetus di Guinea-Bissau, susulan pilihan raya presiden yang berlangsung baru-baru ini.
"Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengikuti perkembangan krisis di Guinea-Bissau dan bimbang dengan keadaan itu," kata jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan pada Selasa lapor agensi berita Xinhua.
Beliau berkata Guterres mahu semua pihak berkepentingan menunggu keputusan Mahkamah Agung dan mengambil semua langkah perlu untuk menghindari sebarang tindakan yang boleh mengugat keamanan serta kestabilan negara.
Setiausaha Agung PBB itu turut "mengulangi komitmen PBB untuk sentiasa bersama Bissau-Guineans dalam usaha mereka mewujudkan keamanan, demokrasi dan pembangunan," jelas kenyataan itu.
Kepemimpinan politik di Guinea-Bissau mengalami perpecahan sejak pemilihan presiden pusingan kedua Disember lalu, menyaksikan pemimpin pembangkang Umaro Sissoco Embalo menewaskan Domingos Simoes Pereira, calon PAIGC, parti yang telah lama memerintah.
Embalo mengangkat sumpah sebagai presiden pada Khamis.
Mahkamah Agung kemudian mengeluarkan perintah untuk meneliti semula keputusan pengundian berikutan petisyen pilihan raya difailkan PAIGC.
Menurut laporan media, sedozen anggota tentera berada di sekitar kawasan Mahkamah Agung Guinea-Bissau, langkah yang dilihat memburukkan lagi krisis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
Petugas pilihan raya mengira undi ketika pusingan kedua pemilihan presiden Guinea Bissau di Bissau, Guinea-Bissau, 29 Dis, 2019. REUTERS/Fail
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada alternatif kepada UNRWA - Guterres
Antonio Guterres menyifatkan pelaksanaan undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di wilayah itu boleh membawa kesan buruk terhadap pelarian Palestin dan ini tidak dapat diterima.
Pemimpin PBB bidas tindakan Israel larang UNRWA beroperasi di Palestin
Beberapa negara Eropah memberi reaksi di media sosial selepas Israel meluluskan undang-undang melarang agensi pelarian Palestin PBB, (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Palestin.
Pasukan pengaman PBB tidak berganjak, kekal di Lubnan walau diserang - Dujarric
Dujarric berkata serangan terhadap pasukan pengaman itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan boleh dianggap sebagai jenayah perang.
Netanyahu desak Ketua PBB segera keluarkan pasukan pengaman di Lubnan
Gesaan Netanyahu ini disuarakan sehari selepas pasukan PBB di Lubnan enggan berundur dari kawasan sempadan walaupun lima anggotanya cedera akibat tembakan Israel.
Ketua PBB puji pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Jepun, wakili mangsa bom atom
Setiausaha Agung PBB mengucapkan tahniah kepada pertubuhan terkemuka Jepun yang mewakili mangsa bom atom atas kemenangan mereka dalam Hadiah Nobel Keamanan.
104 negara anggota PBB, Kesatuan Afrika kecam pengisytiharan Israel terhadap Guterres
Gabungan 104 negara anggota PBB bersama Kesatuan Afrika pada mengecam keputusan Israel untuk mengisytiharkan Setiausaha Agung Antonio Guterres sebagai "persona non grata."
Setahun Gaza berdarah: Setiausaha Agung PBB seru keamanan, keadilan
"Sudah tiba masanya untuk menghentikan pertempuran. Sudah tiba masanya untuk menghentikan penderitaan yang melanda rantau ini."
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.