Selepas berakhir proses pungutan suara di kotak undi pada Pemilihan Umum (Pemilu) 2019 pada Rabu, kini tiba masanya untuk bangsa Indonesia kembali bersatu.
Segala hiruk-pikuk politik yang terjadi selama berbulan-bulan lamanya harus ditinggalkan.
Perselisihan pendapat dan perbezaan ideologi politik perlu diketepikan.
Kini masanya untuk semua yang telah dipilih sebagai wakil rakyat untuk bekerja keras memenuhi segala janji dan aspirasi yang dibuat semasa kempen Pemilu.
Paling utama elite politik termasuk kedua-dua calon presiden Joko Widodo (Jokowi) dan Prabowo Subianto harus bersama-sama rakyat untuk kembali bersatu.
Sepanjang kempen Pemilu 2019, rakyat dimomokkan dengan pelbagai laporan atau berita yang saling menuding jari menyalahkan pihak lawan.
Perang di media sosial atas nama berita palsu, fitnah, ancaman rusuhan sekiranya Pemilu tidak berlangsung dengan adil turut digembar-gemburkan.
Bagaimanapun, segala prasangka dan ramalan-ramalan kurang baik sebelum Pemilu 2019 ternyata meleset.
Perjalanan Pemilu 2019 disifatkan antara yang terbaik secara umumnya sekalipun terdapat kekecohan di pusat mengundi termasuk di luar negara seperti di Malaysia, Australia dan beberapa negara lain.
Paling utama, Pemilu 2019 berjaya membawa rakyat Indonesia membuat pilihan berdasarkan akal yang bijaksana dan pertimbangan yang rasional.
Menjelang Pemilu 2019, kegusaran dan kebimbangan disuarakan pihak berkuasa berhubung ancaman berita palsu yang turut mencetus gelombang populasime di media sosial.
Ancaman berkenaan sesuatu yang dibimbangi kerana sudah terjadi di beberapa buah negara seperti ketika proses demokrasi di Amerika Syarikat yang menyaksikan Donald Trump sebagai Presiden pada 2016 misalnya.
Namun, Indonesia masih terselamat daripada bahaya ancaman populasime ini.
Ketertiban Pemilu 2019 yang melibatkan seramai 192 juta pengundi berdaftar di Indonesia secara relatifnya telah memaknai proses demokrasi di negara yang mempunyai penduduk seramai 269 juta orang.
Justeru, kemenangan Indonesia mengadakan proses pilihan raya ini menuntut sebuah penyatuan yang tidak akan menggugat keharmonian bangsanya.
Seruan yang sama turut dipanjatkan oleh Jokowi dan Prabowo Subianto yang kedua-duanya bersaing sengit dalam Pemilihan Presiden (Pilpres) kali ini.
Jokowi mengajak seluruh rakyat Indonesia untuk kembali membangunkan sebuah ketamadunan bangsa yang kuat selepas berakhirnya pesta demokrasi.
“Marilah kita kembali bersatu sebagai saudara sebangsa dan setanah air setelah pemilihan legislatif dan presiden. Menjalin kerukunan kita sebagai saudara sebangsa dan setanah air,” katanya ketika berucap dalam sidang media selepas meninjau proses kiraan pantas (quick count) pada Rabu.
Sementara Prabowo pula meminta penyokong-penyokongnya tidak terpengaruh dengan unsur-unsur provokasi bagi mengelakkan negara ini dilanda kekecohan pasca Pemilu.
Dalam percubaan kali kedua dalam Pilpres, Prabowo awal-awal lagi sudah ‘mengumumkan’ kemenangannya dengan mendakwa beliau dan regunya, Sandiaga Uno memperoleh 62 peratus undian kiraan pantas.
Apa yang disebut oleh Prabowo ini berbeza dengan jumlah kiraan pantas yang dibuat oleh pelbagai lembaga yang diiktiraf pihak berkuasa.
Kiraan pantas yang dilaporkan oleh semua media massa mendapati keputusan tidak rasmi sehingga kini menyaksikan Jokowi yang berpasangan dengan tokoh ulama, Ma’aruf Amin berada di kedudukan selesa apabila memperoleh pungutan suara sebanyak 54 peratus.
Laporan yang sama menyebut, Prabowo dan Sandiaga mendapat 45 peratus jumlah undian.
Tinggalkan seketika soal polemik kem mana sebenarnya yang bakal menerajui Indonesia untuk lima tahun akan datang.
Ini kerana, apa yang paling utama ketika ini ialah mereka yang terpilih harus memiliki jiwa yang besar dalam mengajak rakyat bersatu menghadapi cabaran besar pada masa depan.
“Hindari kenyataan-kenyataan spekulatif dan memberi peluang pada saling curiga dan perpecahan politik pasca pemilu,” seperti kata Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Haedar Nashir.
Buat semua calon sama ada dalam liga Pilpres atau Pemilihan Legislatif (Pileg) bersabarlah menanti keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU).
Pertandingan meraih simpati rakyat sudah berakhir.
Kini masanya untuk menyatukan bangsa Indonesia.
Semoga Indonesia terus maju!
Saharudin Musthafa
Thu Apr 18 2019

Segala hiruk-pikuk politik yang terjadi selama berbulan-bulan lamanya harus ditinggalkan. - Foto Reuters
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Trump kenakan tarif ke atas kereta, cip dan farmaseutikal 'dalam sebulan atau lebih awal'
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Rabu, beliau akan mengumumkan pelbagai tarif "dalam tempoh sebulan atau lebih awal".

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.

Trump: “Kami berharap gencatan senjata dapat dilaksanakan segera” di Ukraine
Presiden Amerika Syarikat turut menekankan keperluan dialog antara kedua-dua pihak bagi menamatkan perang yang berlarutan.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.