Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertanding di semua 93 kerusi untuk mengekalkan kuasanya di Singapura pada pilihan raya umum pada 10 Julai ini yang menyaksikan 191 calon dari 11 parti dan seorang calon Bebas dalam pertembungan itu.
Kesemua 192 calon telah menyerahkan kertas pencalonan mereka di sembilan pusat penamaan calon semalam untuk bertanding di 17 Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan 14 Kawasan Undi Anggota Tunggal (SMC).
Ini adalah pilihan raya umum kedua yang menyaksikan PAP meletakkan calon di semua kawasan pengundian.
Parti Pekerja (WP), yang mempunyai enam kerusi di Parlimen sebelum ini, telah meletakkan 21 calon di enam kawasan manakala Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang ditubuhkan tahun lepas, meletakkan 24 calon di sembilan kawasan.
Adik lelaki Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Hsien Yang yang menyertai PSP sehari selepas pembubaran Parlimen pada 23 Jun, bagaimanapun tidak bertanding sekali gus menamatkan spekulasi bahawa beliau akan menjadi calon dalam pilihan raya umum Singapura kali ini.
Terdahulu, Hsien Yang dilihat berada di kawasan berhampiran pusat penamaan calon Sekolah Rendah Bendemeer untuk menunjukkan sokongan kepada calon PSP yang bertanding di GRC Tanjong Pagar.
Parti lain iaitu Parti Demokratik Singapura, Parti Suara Rakyat, Parti Perpaduan Nasional, Parti Reformasi, Parti Rakyat Singapura, Parti Kuasa Rakyat, Parti Red Dot United dan Perikatan Demokratik Singapura, masing-masing telah meletakkan sebilangan kecil calon.
Calon Bebas pula bertanding di SMC Pioneer, satu-satunya SMC yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum itu. Pertandingan tiga penjuru lain ialah di GRC Pasir Ris-Punggol.
Hsien Loong, yang juga Setiausaha Agung PAP, dan jentera pilihan rayanya bakal berdepan Parti Reformasi yang diterajui Setiausaha Agungnya, Kenneth Jeyaretnam di GRC Ang Mo Kio.
Bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Sekolah Menengah Deyi, Hsien Loong berkata PAP akan berjuang untuk meraih setiap undi.
"Setiap kawasan ditandingi dan ini bukan pilihan raya kecil. Ia adalah pilihan raya umum yang membabitkan isu paling penting pada saat negara dilanda krisis.
"Saya fikir semua orang perlu memahami bahawa perkara itu, semua orang perlu memikirkan perkara itu semasa mereka menilai undi," katanya.
Setiausaha Agung PSP Dr Tan Cheng Bock akan mengetuai jentera lima anggotanya dalam pertandingan di GRC Pantai Barat manakala Setiausaha Agung Parti Pekerja Pritam Singh akan mempertahankan kerusi bagi GRC Al Junied.
Kedua-dua GRC bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan PAP, sama seperti di GRC baharu iaitu Sengkang.
Pada pilihan raya umum lepas iaitu 2015, PAP mengekalkan kuasa dengan memenangi 83 daripada keseluruhan 89 kerusi. Parti Pekerja memenangi baki enam kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 30 2020

Hsien Loong bercakap kepada pemberita selepas penamaan calon di Sekolah Menengah Deyi, 30 Jun, 2020. (Foto AP)

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.

Pas beri bayangan bertanding PRN Sabah - Abdul Hadi
Pas Sabah memberi bayangan akan kembali bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang selepas tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Larangan bertanding individu disabit jenayah ditarik semula
Keputusan ini membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif bertanding bagi jawatan itu, untuk kali keempat.

Bolsonaro sekali lagi dilucut hak bertanding pilihan raya
Bolsonaro tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya sehingga 2030.

Pengasas Foxconn umum bertanding pilihan raya Presiden Taiwan
Terry Gou, mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan bertanding untuk pilihan raya presiden Taiwan 2024 sebagai calon Bebas.

PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding mana-mana kerusi di enam negeri
Ahmad Faizal menegaskan, tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.

Zambry tarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO
Zambry memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan.

Pemilihan UMNO bermula 1 Februari ini
Tarikh pendaftaran bagi calon-calon untuk pertandingan di Bahagian dan Pusat bermula pada 13 Februari 2023 dan ditutup pada 26 Februari 2023.

Zambry beri bayangan bertanding Pemilihan UMNO
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi bayangan akan bertanding pada pemilihan UMNO yang bakal diadakan sebelum 19 Mei tahun ini.

PKR secara rasmi pecat Tian Chua - Laporan
Selain Tian Chua, empat lagi anggota parti itu turut menerima nasib yang sama kerana bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.