BANGKOK: Maya Bay, pantai terkenal di Thailand akan ditutup sempena musim tengkujuh dari 1 Ogos hingga 30 Sept untuk proses pemulihan, kata ketua taman negara tempatan, Ratchanok Phaenoi, pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Teluk di pulau Phi Phi Le itu terkenal susulan menjadi lokasi filem Hollywood 'The Beach' pada 2000 yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
Sejak bertahun lamanya, ramai pelancong mengunjungi pulau tidak berpenghuni di kepulauan Phi Phi itu kerana kecantikannya, tetapi kini keadaannya ibarat mimpi ngeri.
Setiap hari puluhan bot tiba ke pulau itu, sekali gus memusnahkan terumbu dan batu karang, serta menakutkan jerung blacktip asli, selain sampah sarap yang bertimbun.
Pantai itu pernah ditutup pada Jun 2018 selama tiga setengah tahun atas gesaan ahli biologi marin, sebelum dibuka semula pada Januari 2022, dengan peraturan yang ketat.
Antara perubahan penting yang diperkenalkan iaitu bot tidak lagi dibenarkan masuk ke teluk, selain aktiviti renang serta snorkeling dan bilangan pengunjung dikurangkan.
Phaenoi berkata penutupan terkini semasa musim tengkujuh itu juga bertujuan melindungi keselamatan pengunjung.
Kebanyakan pelancong datang dari pulau berhampiran iaitu Phi Phi Don dengan menaiki bot panjang.
Ketika hujan dan ombak besar, bot-bot yang sebahagiannya sudah uzur tidak dapat berlabuh di Teluk Loh Sama dan pengunjung terpakasa berjalan kaki ke Maya Bay.
Phaenoi berkata mulai sekarang, pantai itu akan ditutup setiap tahun pada Ogos dan September.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
Phaenoi berkata penutupan terkini semasa musim tengkujuh itu juga bertujuan melindungi keselamatan pengunjung. - Gambar fail/pixabay.com
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Tiga maut dalam insiden tembak di pembukaan hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam terbesar di Haiti.
Mogok pekerja: lebih 300 kedai Starbucks di A.S mogok, libat 5,000 pekerja
Mogok pekerja Starbucks di Amerika Syarikat dijangka meluas ke lebih 300 kedai pada Selasa, dengan lebih 5,000 pekerja dijangka mogok lima hari dan berakhir pada malam Krismas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Tujuh mangsa masih dirawat, dua di ICU
Datuk Ngwe Hee Sem berkata, dua daripada mereka masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Pantai Maya Bay di Thailand ditutup dua bulan
Maya Bay, pantai terkenal di Thailand akan ditutup sempena musim tengkujuh dari 1 Ogos hingga 30 Sept untuk proses pemulihan, kata ketua taman negara tempatan, Ratchanok Phaenoi, pada Rabu.
Pantai 'The Beach' di Pulau Phi Phi ditutup
Pihak berkuasa Thailand mengarahkan pantai Maya Bay, di pulau Phi Phi yang terletak di Laut Andaman, ditutup sementara untuk empat bulan.