KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar surat bantahan rasmi kepada beberapa badan antarabangsa pada Rabu susulan tindakan biadap Tentera Rejim Israel menyerang penganut Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa sejak Jumaat lalu.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata surat tersebut akan ditujukan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Jelasnya, ketegangan yang berlaku ketika ini dikhuatiri akan semakin meruncing dan berkemungkinan tragedi pada tahun lalu akan berulang.
"Pada Ahad, saya telah menghubungi Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki dan Ismail Haniyeh (pemimpin kanan Hamas) untuk mengulangi ketegasan Malaysia untuk menangani isu yang menimpa mereka.
"Mereka minta jika Malaysia boleh dalam apa cara bantu dalam menghentikan kekejaman tersebut.
"Selain itu, saya akan menghubungi beberapa menteri luar yang mungkin dalam kedudukan untuk bantu bercakap dengan Israel untuk hentikan perkara ini," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Beliau ditemui media semasa Majlis Iftar bersama Ketua-Ketua Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Malaysia pada Selasa.
Pada Jumaat, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera apabila tentera Israel menyerang Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.
Pada 2021, tragedi hampir sama turut berlaku apabila 250 rakyat Palestin terbunuh dan 1,900 lagi cedera.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Apr 19 2022
Saifuddin (tiga dari kiri) bersama beberapa Perwakilan Asing yang hadir pada Majlis Iftar bersama Ketua-Ketua Perwakilan Asing dan Ketua-Ketua Organisasi Antarabangsa di Malaysia yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara. - Foto Astro AWANI
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
[INFOGRAFIK] Kos sara hidup
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
[TERKINI] Lima individu hilang ketika latihan Regata Sarawak
Lima individu dilaporkan hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa ketika menyertai latihan sempena Regata Sarawak
RM2.8 juta: Penyelenggaraan jalan yang tidak selamat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat kepada 300 juta tahun ini
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.