"Tekanan ke atas semua negara yang membekalkan senjata kepada Israel harus ditingkatkan. Khususnya melibatkan Amerika Syarikat.
Jika masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan, "akan ada negara yang benar-benar mempertimbangkan isu ini," kata al-Maliki.
Jika sekatan tidak dapat dikenakan, sekurang-kurangnya penjualan senjata kepada Israel perlu dihentikan, katanya.
Pada April, Kongres AS meluluskan rang undang-undang bantuan luar negara yang membuka jalan kepada sokongan ketenteraan sebanyak US$15 bilion untuk Israel.
-- BERNAMA