Kerajaan Pakistan buat tahun kedua berturut-turut mengharamkan sebarang sambutan hari kasih sayang atau 'Valentine Day', termasuk acara serta liputan media untuk mempromosi hari itu.

Ia selepas mahkamah sebulat suara memutuskan tersebut melanggar ajaran Islam dan sambutannya diharamkan buat umat Islam.


Sambutan Hari Valentine diharamkan di Pakistan untuk tahun kedua berturut-turut. - Foto: Reuters
Perintah amaran dikeluarkan pihak berkuasa Pengawalseliaan Media Elektronik Pakistan (Pemra) kepada stesen televisyen dan radio terhadap sebarang promosi berkaitan peristiwa Hari Valentine.

“Tiada acara akan diadakan di peringkat rasmi atau di mana-mana tempat awam,” kata Pemra.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Islamabad memperkenalkan larangan itu selepas petisyen yang mengatakan sambutan itu adalah dimport budaya dari Barat yang akan melemahkan umat Islam.

Sejak kebelakangan ini, golongan muda terutamanya di kalangan majoriti 60 peratus penduduk Islam di bawah umur 30 tahun termasuk pertubuhan-pertubuhan komersil mengamalkan tradisi sambutan Hari Valentine dengan jualan bunga dan coklat di negara itu.

Sebarang acara termasuk liputan media mempromosi Hari Valentine tidak dibenarkan di seluruh Pakistan.- Foto: Reuters