NEW DELHI: Parti Kongres pembangkang India dan sekutunya pada Selasa melancarkan pakatan yang dipanggil "INDIA" untuk menggulingkan parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dalam pilihan raya umum akan datang yang dijadualkan pada 2024.
Pemimpin daripada 26 parti politik berhimpun di Bengaluru, di selatan Karnataka dan mengumumkan pembentukan "Perikatan Inklusif Pembangunan Nasional India" (INDIA) sebagai barisan bersatu.
Presiden Kongres Mallikarjun Kharge berkata wakil parti-parti pada persidangan sulit pembangkang mewakili 11 daripada 28 kerajaan negeri di India dan kini telah berganding bahu untuk bertanding pada pilihan raya tahun depan atas landasan yang sama.
"Ia adalah satu pencapaian yang hebat bagi kami bahawa semua 26 parti yang sehaluan telah bersatu," kata Kharge.
Kharge berkata gabungan parti itu bersatu untuk menyelamatkan "demokrasi dan perlembagaan".
"Ini adalah perjuangan kolektif menentang pengangguran, inflasi dan isu utama lain yang sedang dihadapi oleh negara," katanya.
"INDIA" akan membentuk jawatankuasa penyelaras seramai 11 ahli untuk membangunkan strategi menghadapi BJP dan sekretariat akan ditubuhkan di Delhi bagi menguruskan kempen mereka.
Pemimpin utama yang menghadiri mesyuarat di Bengaluru termasuk ketua menteri Tamil Nadu M.K. Stalin, ketua menteri West Bengal Mamata Banerjee, ketua menteri Delhi Arvind Kejriwal, ketua menteri Bihar Nitish Kumar bersama ahli politik terkemuka Sonia Gandhi, Rahul Gandhi, Akhilesh Yadav, Lalu Prasad Yadav dan Sharad Pawar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Kharge berkata wakil parti-parti pada persidangan sulit pembangkang mewakili 11 daripada 28 kerajaan negeri di India dan kini telah berganding bahu untuk bertanding pada pilihan raya tahun depan atas landasan yang sama. - Gambar fail/Reuters/Altaf Hu
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah rotan kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
Pakatan pembangkang digelar 'INDIA' akan cabar parti pemerintah India dalam pilihan raya akan datang
Parti Kongres pembangkang India dan sekutunya pada Selasa melancarkan pakatan yang dipanggil "INDIA" untuk menggulingkan parti pemerintah BJP dalam pilihan raya umum akan datang