MOSCOW: Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health, sebuah pusat perubatan akademik di Universiti New York melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun, lapor Sptunik memetik pusat perubatan itu pada Khamis.
Pembedahan itu yang meliputi pemindahan keseluruhan mata kiri dan sebahagian muka daripada penderma tunggal, menjadikan ia sebagai pemindahan pertama keseluruhan mata manusia dalam sejarah perubatan dan satu-satunya kes gabungan pemindahan seumpamanya," menurut kenyataan itu.
Veteran tentera dari Arkansas itu kehilangan mata kiri, hidung, bibir, gigi depan, bahagian pipi kiri, dagu ke tulang dan lengan kiri dari atas siku, selepas mukanya tersentuh wayar hidup semasa sedang bekerja.
Pembedahan yang dijalankan pada 27 Mei itu, mengambil masa kira-kira 21 jam, melibatkan pasukan lebih 140 pakar bedah, jururawat dan kakitangan perubatan lain.
Bagaimanapun, pusat perubatan itu masih belum dapat memastikan sama ada pesakit akan dapat melihat semula.
Menurut pusat perubatan berkenaan, mata yang dipindahkan itu telah menunjukkan tanda pemulihan luar biasa, sekali gus mencatat kejayaan penting yang membuka kemungkinan baharu untuk memajukan lagi terapi penglihatan dan bidang perubatan yang berkaitan pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023

Veteran tentera dari Arkansas itu kehilangan mata kiri, hidung, bibir, gigi depan, bahagian pipi kiri, dagu ke tulang dan lengan kiri dari atas siku, selepas mukanya tersentuh wayar hidup semasa sedang bekerja. - Foto REUTERS

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pakar bedah pusat perubatan Universiti New York lakukan pemindahan pertama keseluruhan mata
Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun.