SINGAPURA: Penjualan tiket bas di bawah Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) untuk perjalanan ke Singapura atau Malaysia dibekukan buat sementara waktu bermula dari 23 Dis hingga 20 Jan 2022, susulan peningkatan kes varian Omicron di seluruh dunia.
"Bagaimanapun, semua pengembara yang sudah mempunyai tiket VTL boleh meneruskan perjalanan di bawah VTL darat," menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura dalam satu kenyataan.
Mereka yang bukan rakyat Singapura atau penduduk tetap yang belum mendapatkan Pas Perjalanan Lengkap Vaksin (VTP) boleh terus memohon melalui https://go.gov.sg/vtl-portal.
"Kami juga akan mengurangkan sementara kapasiti dan jualan tiket, untuk perjalanan VTL darat mulai 21 Jan 2022 diikuti separuh atau bersamaan 24 perjalanan sehala sehari.
"Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan menyesuaikan kapasiti VTL darat dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di kedua-dua negara dan di dunia," menurut MTI.
BACA: KKM gantung penjualan tiket VTL darat, udara ke Singapura bermula esok
MTI menasihatkan pelancong supaya mematuhi protokol ujian saringan sedia ada.
"Ini termasuk Ujian Pantas Antigen (ART) semasa ketibaan serta protokol ART tujuh hari.
"Pengembara juga harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dan meminimumkan interaksi sosial, elak menyertai aktiviti tanpa memakai pelitup muka, perhimpunan berskala besar dan tempat sesak selama tujuh hari dari ketibaan, walaupun mereka mempunyai keputusan ART negatif," jelas MTI.
MTI menyatakan pengembara yang tidak sihat, termasuk yang mempunyai gejala awal atau ringan, mesti bertanggungjawab dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Maklumat lanjut mengenai VTL darat antara Singapura dan Malaysia, boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg/vtl-land/overview.
Dalam satu kenyataan berasingan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) memaklumkan pihaknya akan mengambil langkah proaktif untuk mengurus aliran masuk pengembara VTL dan mengurangkan risiko kepada komuniti Singapura.
"Penjualan tiket baharu untuk VTL udara juga ditangguhkan untuk semua kemasukan ke Singapura dari semua negara VTL," jelas kenyataan itu.
Untuk kemasukan ke Singapura dengan penerbangan VTL yang ditetapkan mulai 21 Jan 2022, CAAS akan mengehadkan jumlah jualan tiket sebanyak 50 peratus daripada peruntukkan kuota.
Di bawah VTL,menurut CAAS pelancong lengkap vaksin dari negara VTL dan mengikuti penerbangan VTL yang ditetapkan, boleh memasuki Singapura tanpa kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan COVID-19.
Pelawat jangka pendek (STV) dan pemegang pas jangka panjang (LTPH) perlu memohon VTP untuk memasuki Singapura.
"Warganegara dan penduduk tetap Singapura (SCPR) yang lengkap vaksinasi dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak perlu memohon VTP untuk memasuki Singapura," menurut CAAS.
CAAS menyatakan SCPR yang memegang tiket penerbangan VTL serta memenuhi semua syarat tidak akan terjejas dan boleh terus memasuki Singapura.
Mereka yang tidak cukup syarat akan tertakluk kepada langkah kesihatan sempadan, termasuk keperluan kuarantin.
LTPH dan STV pula boleh terus melakukan perjalanan ke Singapura tanpa kuarantin jika mempunyai VTP dan tiket yang sah selain memenuhi semua syarat lain.
Sementara mereka yang gagal mematuhi peraturan dan syarat ditetapkan mungkin tidak dibenar masuk ke Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

MTI menasihatkan pelancong supaya mematuhi protokol ujian saringan sedia ada. - Gambar fail/ Bernama
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.