JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan majoriti besar yang menekankan bahawa Palestin layak mendapat keanggotaan penuh dan memberikan hak tambahan kepadanya.
Dalam kenyataan, OIC menyatakan bahawa resolusi ini mencerminkan konsensus antarabangsa dalam menyokong hak sah rakyat Palestin, termasuk penentuan nasib sendiri, kebebasan, keadilan, kemerdekaan serta keperluan menamatkan penjajahan Israel di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Ia menegaskan sokongan penuh terhadap hak sah Negara Palestin dalam memperkukuh kedudukannya di PBB, sama seperti negara lain di dunia, sebagai satu pencapaian yang sepatutnya telah dilaksanakan sejak beberapa dekad yang lepas, menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu merujuk kepada hak sejarah, undang-undang dan politik rakyat Palestin ke atas tanah mereka yang telah disahkan melalui resolusi berkaitan PBB, di samping pengiktirafan rasmi oleh 144 negara terhadap Negara Palestin, yang mempunyai keahlian penuh dalam berpuluh-puluh organisasi antarabangsa dan perjanjian.
Sementara itu, di Riyadh, Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Jassim Mohammed Al-Budaiwi, mengalu-alukan penerimaan resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menyokong hak Palestin untuk keanggotaan penuh di badan dunia itu dan mengesyorkan Majlis Keselamatan PBB menilai semula usaha permohonan Palestin itu, lapor WAM.
Setiausaha Agung GCC itu menegaskan bahawa undian sokongan daripada 143 negara adalah sebagai pengesahan dan keyakinan terhadap hak Palestin untuk pengiktirafan ini, supaya Negara Palestin dapat melaksanakan semua hak dan kewajipannya di badan dunia itu.
Beliau menekankan pendirian tegas GCC dalam menyokong perjuangan Palestin serta mencapai penyelesaian berdasarkan penamatan penjajahan Israel dan menubuhkan sebuah negara Palestin merdeka di sempadan 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya, selaras dengan resolusi PBB yang berkaitan serta Inisiatif Damai Arab.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024
OIC menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung PBB dengan majoriti besar yang menekankan bahawa Palestin layak mendapat keanggotaan penuh dan memberikan hak tambahan kepadanya. - Gambar fail/REUTERS
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Anwar seru Malaysia, Pakistan perkasa usaha perangi ekstremisme, keganasan
Malaysia dan Pakistan perlu memperkasakan usaha untuk menentang ekstremisme radikal dan keganasan.
Malaysia, Pakistan teruskan hubungan baik dengan AS - PM Anwar
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk meneruskan hubungan baik dengan Amerika Syarikat namun menegaskan kedua-dua negara adalah merdeka serta bebas.
Israel ancam keselamatan serantau, Pakistan seru redakan ketegangan di Asia Barat
Pakistan sifatkan pencerobohan Israel di Lubnan mengancam keselamatan serantau dan menggesa agar ketegangan di Asia Barat diredakan segera.
[LAPOR LANGSUNG] Mahmoud Abbas seru tindakan segera hentikan pencerobohan Israel di Gaza, Lubnan
Mahmoud Abbas berkata bahawa Palestin berusaha untuk menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.
Konflik Asia Barat: Netanyahu tertekan, perang gagal realisasi matlamat
Hasrat Netanyahu mahu menghapuskan Hamas dan mengambil alih Gaza masih jauh dari jangkauan.
Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS
Datuk Rusdi berkata pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh awal Rabu dalam serangan udara Israel ke atas kemudahan yang melindungi penduduk kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Iran kecam pembunuhan Ketua Hezbollah Nasrallah
Iran mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Setiausaha Agung Hezbollah, Seyyed Hassan Nasrallah dalam serangan Israel Sabtu lepas.
Hezbollah akan segerakan pemilihan ketua baharu
Beliau bercakap dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen tempatan,penampilan pertama seorang pegawai Hezbollah sejak Nasrallah terbunuh pada Jumaat dalam serangan Udara Israel di Lubnan.
OIC tekan kepentingan perikatan global laksana penyelesaian dua negara
Taha gesa semua negara sertai inisiatif tersebut, menonjolkan peranannya yang berusaha untuk penyelesaian mengikut undang-undang antarabangsa.