ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan bersidang di Jeddah, Arab Saudi pada Rabu untuk membincangkan situasi terkini di Sudan.
"Jawatankuasa Eksekutif OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu, 23 Mei 2023, di ibu pejabat Sekretariat Agung di Jeddah, untuk membincangkan situasi di Sudan," memetik kenyataan bertulis pertubuhan dunia itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, berkata mesyuarat berkenaan mencerminkan kesungguhan pertubuhan untuk membantu memulihkan keadaan keselamatan dan kestabilan di negara yang dilanda konflik itu, lapor Agensi Anadolu.
Beliau menggesa pihak yang bertelagah untuk mengadakan gencatan senjata secara kekal dan mengadakan dialog bagi membolehkan proses politik diteruskan dan demi memelihara keselamatan rakyat serta negara.
Pada Isnin, anggota tetap Liga Arab turut mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah, ibu negara Mesir, bagi membincangkan situasi terkini di Sudan.
Pertempuran bersenjata meletus pada 15 April antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, menyaksikan sekurang-kurangnya 528 orang terbunuh dan lebih 4,500 lagi cedera.
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, satu tindakan yang disifatkan sebagai "rampasan kuasa".
Tempoh kerajaan peralihan yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Pada Isnin, anggota tetap Liga Arab turut mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah, ibu negara Mesir, bagi membincangkan situasi terkini di Sudan. - Fail/AP
Perak pulih sepenuhnya
Situasi banjir di Perak pulih sepenuhnya bermula pada 2 petang.
Lelaki warga Bangladesh didakwa heret kucing sambil menaiki motosikal
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
Letupan kuat, asap tebal di lapangan terbang Beirut
Letupan kuat kedengaran dan asap tebal kelihatan di langit berhampiran lapangan terbang di Beirut, pada awal pagi Rabu.
Ultraman 'beraksi' di Parlimen Indonesia
Majlis angkat sumpah ahli Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Indonesia bagi penggal 2024-2029 dimeriahkan dengan penampilan salah seorang ahlinya yang memakai kostum Watak adiwira Jepun, Ultraman.
Menurut media tempatan, aksi itu dilakukan anggota DPR RI dan ahli politik Parti Golkar Jamaludin Malik yang mengenakan kostum Ultraman ke bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menjelang pelantikannya sebagai anggota DPR pada Selasa.
Menurut media tempatan, aksi itu dilakukan anggota DPR RI dan ahli politik Parti Golkar Jamaludin Malik yang mengenakan kostum Ultraman ke bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menjelang pelantikannya sebagai anggota DPR pada Selasa.
Asia Barat: Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan cedera apabila dua lelaki bersenjata turun dari trem di Tel Aviv dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai, pada Selasa.
AWANI 7:45 [01/10/2024] - Pertumbuhan ekonomi Malaysia pantas | Bina infrastuktur digital | Tiada perikemanusiaan
1. Ekonomi global tidak menentu, ekonomi Malaysia antara terbaik dunia
2. PM mahu Malaysia jadi hab AI
3. Tergamak dia ikat adik saya, campak ke sungai, abang mangsa sedih
4.Astro sasar media masa hadapan, penyelesaian menyeluruh kepada penonton
2. PM mahu Malaysia jadi hab AI
3. Tergamak dia ikat adik saya, campak ke sungai, abang mangsa sedih
4.Astro sasar media masa hadapan, penyelesaian menyeluruh kepada penonton
Polis Kuala Lumpur lupus dadah bernilai RM36.43 juta
Rampasan dadah dalam pelbagai serbuan sejak 2003 yang cukup untuk membekalkan 1.2 juta pengguna akan melalui proses pelupusan dengan cara dibakar pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mahkamah buat keputusan rayuan penceroboh Lahad Datu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peneraju pemasaran media, didorong data kreativiti
Tiada media yang mampu mencapai audiens dengan tepat dan memberi impak berkesan serta berpanjangan kepada khalayak yang lebih baik daripada Astro.
Feri ikonik dijadikan muzium akan ditunda ke SPCT
Feri ikonik Pulau Pinang yang dalam proses pengubahsuaian untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang akan ditunda dari Bagan Dalam Slipway ke Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), esok.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
Pihak berperang di Sudan akan sambung semula rundingan damai
Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) akan menyambung semula rundingan damai pada minggu ini.
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
Sudan: Semakin ramai orang awam meninggalkan Darfur - PBB
Pertempuran baharu di Darfur Selatan di Sudan, terutama di bandar Nyalamendorong, mendorong semakin ramai penduduk awam melarikan diri.
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan.
Sudan: 16 orang awam maut dalam serangan RSF di Khartoum
Angkatan Tentera Sudan (SAF) berkata 16 orang awam terbunuh dalam satu serangan oleh pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum pada Ahad, lapor Xinhua.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
Penutupan ruang udara Sudan dilanjutkan sehingga 31 Julai
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 31 Julai, menurut Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
Pegawai tertinggi Sudan bertemu PBB, bincang pengurusan krisis
Pegawai-pegawai tertinggi Sudan bertemu delegasi PBB bagi membincangkan pengurusan krisis dan penyaluran bantuan.
Pertempuran di Sudan sebabkan 450,000 kanak-kanak terpaksa larikan diri - UNICEF
Sekurang-kurangnya 450,000 kanak-kanak di Sudan terpaksa meninggalkan rumah mereka berikutan pertempuran yang berterusan, menurut UNICEF.