PERKHIDMATAN perkongsian basikal tanpa stesen, oBike, yang musnah akibat perbuatan laku musnah (vandalism) yang dilakukan oleh segelintir masyarakat di Malaysia dan Singapura kini menjadi sinar baharu buat kanak-kanak di Myanmar.
Menurut laporan berita Channel News Asia (CNA), seorang pelabur teknologi, Mike Than Tun Win mengambil keputusan untuk membeli 10,000 buah basikal daripada syarikat oBike untuk dibaikpulih sebelum diserahkan secara percuma kepada golongan kanak-kanak miskin di sana.
Than Tun Win mengambil tindakan itu bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak tersebut dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pendidikan.
Harga sebuah basikal mencecah AS$35 (RM144), termasuk kos penghantaran serta pengedaran.
Jumlah keseluruhan pembelian dibayar separuh oleh beliau manakala yang lain ditanggung oleh para penaja.
Program amal yang diterajui sendiri Than Tun Win dan diberi nama Lesswalk itu memulakan sesi pemberian basikal kepada kanak-kanak miskin di bandar Yangon terlebih dahulu sebelum pergi ke rantau Mandalay dan Sagaing.
Menurut salah seorang kanak-kanak penerima bantuan, Thae Su Wai, dia tidak perlu lagi berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama dua jam untuk ke sekolah pada setiap hari.
Matlamat Lesswalk adalah untuk mengekalkan momentum dalam memberikan sejumlah 100,000 buah basikal dalam tempoh lima tahun di Myanmar.
BACA: oBike beri manfaat kepada pengguna? Tepuk dada tanya selera
BACA: Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
Tambah beliau lagi, basikal oBike mungkin tidak bernilai di Singapura, tetapi ia sangat berharga buat penduduk di negara yang hidup dalam kemiskinan.
oBike diperkenalkan pada tahun 2017 di Malaysia sebagai alternatif pengangkutan buat masyarakat untuk berbasikal jika tempat yang ingin dituju itu mengalami kesesakan lalu lintas.
Walau bagaimanapun, setahun kemudian perkhidmatan oBike itu gagal akibat daripada perbuatan masyarakat yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme ketika menggunakannya. - Agensi
Agensi
Sat Jun 22 2019
![oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561189971_ObikeThanTunWin.jpg)
Than Tun Win berkata, basikal oBike mungkin tidak bernilai di Singapura, tetapi ia sangat berharga buat penduduk di negara yang hidup dalam kemiskinan. Foto Facebook
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Misi KPM tingkat akses pendidikan di Sarawak Misi KPM tingkat akses pendidikan di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725674267_FadlinaSidek.jpg)
Misi KPM tingkat akses pendidikan di Sarawak
Program Tindak Susul Parlimen di Sibu, Daro dan Mukah membuktikan komitmen Kementerian Pendidikan tangani isu akses pendidikan di Sarawak.
![KPM komited tambah baik akses pendidikan sekolah di kawasan pesisir KPM komited tambah baik akses pendidikan sekolah di kawasan pesisir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723002632_KPM.jpg)
KPM komited tambah baik akses pendidikan sekolah di kawasan pesisir
KPM mengambil langkah proaktif dengan turun padang di sekolah-sekolah di kawasan pesisir bagi melihat sendiri akses pendidikan.
![Bantulah kami, kami juga nak sambung belajar di universiti - Pemuda Afghanistan Bantulah kami, kami juga nak sambung belajar di universiti - Pemuda Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646558913_SulaimanKabul.jpg)
Bantulah kami, kami juga nak sambung belajar di universiti - Pemuda Afghanistan
Anak muda di Afghanistan masih berdepan kesukaran mendapat akses kepada pendidikan kerana masalah kemiskinan.
![Akses pendidikan di Afghanistan cetus kebimbangan - Menteri Luar Qatar Akses pendidikan di Afghanistan cetus kebimbangan - Menteri Luar Qatar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631263182_Afghan.jpg)
Akses pendidikan di Afghanistan cetus kebimbangan - Menteri Luar Qatar
Sheikh Mohammed berkata Qatar terus bekerjasama dengan sekutu antarabangsa bagi melindungi orang awam di Afghanistan serta menyediakan laluan keluar yang selamat untuk ke Doha dan selainnya.
![TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613381261_TINJAUANDIDIKTV.jpg)
TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.
![oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561189971_ObikeThanTunWin.jpg)
oBike dari Malaysia, Singapura diberi kepada kanak-kanak Myanmar secara percuma
Than Tun Win mengambil tindakan itu bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak tersebut dengan harapan dapat memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pendidikan.
![Edunation tingkatkan akses pendidikan lebih menarik Edunation tingkatkan akses pendidikan lebih menarik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41364810747_295x200.jpg)
Edunation tingkatkan akses pendidikan lebih menarik
Pelancaran Edunation bakal meningkatan akses kepada pendidikan yang lebih menarik dan tidak terhad di dalam bilik darjah semata-mata.