Seorang penunggang motosikal nyaris maut dihempap lori kontena di China.

Kejadian di Bandar Linhai berdekatan Wilayah Zhejiang itu berlaku ketika kenderaan berat berkenaan cuba melepasi lampu isyarat.

Bedasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)pemandunya dilihat membelok dalam keadaan laju menyebabkan kontena yang dibawanya terbalik dan merempuh kearah mangsa yang berada di laluan bertentangan.

Ketika itu, penunggang berkenaan sedang menunggu lampu hijau dan berada di laluan pejalan kaki.

Dia bagaimanapun sempat mengelak sebelum bebanan seberat 19 tan melanggar kereta yang berada di belakangnya.