Naib Presiden Nicolas Maduro telah dilantik sebagai pemangku presiden selepas perginya presiden Venezuela, Hugo Chavez sebelum pilihan raya presiden diadakan.

Sebelum kematiannya, Chavez telah menamakan Maduro sebagai calon pilihannya.

Maduro, 50, pernah berkhidmat sebagai pemandu bas sebelum menceburkan diri dalam politik.

Pada 2006, Maduro menjadi Menteri Luar Venezuela sebelum dilantik menjadi naib presiden kepada Chavez tiga hari selepas beliau memenangi pilihan raya semula pada 7 Oktober tahun yang sama.

Maduro disifatkan sebagai seorang yang cukup taat dan digemari Chavez.

Ketika Chavez dalam keadaan tenat beliau sentiasa melawat dan berada di sisi presidennya memastikan segalanya berada dalam keadaan terkawal.

Upacara pengkebumian Chavez akan diadakan pada Jumaat, di Caracas.