JAKARTA: Menteri-menteri ekonomi ASEAN telah mengesahkan strategi neutraliti karbon yang sejajar dengan komitmen Perjanjian Paris dan dapat membuka peluang ekonomi bernilai AS$5.3 trilion (AS$1=RM4.64).
Strategi ASEAN untuk Neutraliti Karbon bertujuan untuk menggalakkan industri hijau, menetapkan standard dan mengurangkan pelepasan melalui lapan strategi kerjasama.
Strategi itu, disokong oleh inisiatif Australia for ASEAN Futures (Aus4ASEAN), memerlukan kesegeraan dalam mencapai neutraliti karbon untuk transformasi hijau, menurut menteri-menteri tersebut dalam satu kenyataan bersama selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-55 di Semarang, Indonesia.
Menurut mereka, menangani beban karbon di ASEAN bukan sahaja mengurangkan risiko tetapi turut menawarkan peluang sosioekonomi yang besar.
Menghadapi risiko iklim yang ketara, mereka berkata perubahan iklim yang tidak terkawal boleh membawa kepada pengurangan sebanyak 11 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serantau menjelang 2100 dan perpindahan 87 juta orang di kawasan mudah banjir di seluruh Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
"Sebaliknya, menyasarkan neutraliti karbon dapat menjana nilai tambah KDNK sebanyak AS$3.0 hingga US$5.3 trilion menjelang 2050, menarik pelaburan hijau bernilai AS$3.7 hingga US$6.7 trilion dan menjana 49 hingga 66 juta pekerjaan tambahan, berdasarkan analisis oleh Boston Consulting Group.
"Manfaat ekonomi akan diagihkan ke seluruh negara-negara ASEAN," kata mereka.
Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dijangka mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak sembilan hingga 12 peratus manakala Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand dijangka menyaksikan pertumbuhan sebanyak empat hingga tujuh peratus serta Singapura dan Brunei boleh meningkat satu hingga dua peratus.
Dalam mencapai matlamat neutraliti karbon, menteri-menteri berkenaan menegaskan ASEAN perlu merapatkan jurang karbon dioksida (CO2) 2.6 gigatonne.
Walaupun mempunyai pelepasan per kapita yang rendah, mereka berkata peranan rantau ini sebagai hab kewangan semakin berkembang, dengan pelaburan diunjurkan meningkat dua kali ganda kepada lebih US$2.1 trilion menjelang 2030 daripada US$962 bilion pada 2023.
"Ekonomi yang pelbagai di rantau ini turut menawarkan prospek kerjasama untuk mencapai neutraliti karbon, dengan negara yang kaya dengan kuasa hidro menyumbang tenaga sifar karbon, sesetengah negara mempunyai sumber untuk bateri nikel berteknologi hijau, dan yang lain cemerlang dalam industri kenderaan elektrik," kata mereka.
Menteri-menteri itu berkata strategi yang telah diperakui itu kini akan ke arah diterima pakai oleh Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN dan akan diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 bulan depan.
"Kemudian, ia akan diperkenalkan kepada pihak berkepentingan ASEAN yang berkaitan untuk kerjasama berterusan dalam merealisasikan masa depan yang neutral karbon," menurut kenyataan itu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang mewakili Malaysia pada mesyuarat itu berkata, strategi ini akan membentuk masa depan yang lebih makmur dan mampan untuk penduduk ASEAN, yang sudah mencecah 672 juta.
"Malaysia komited untuk mencapai status karbon sifar bersih menjelang 2050, dan pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan, termasuk pembangunan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk sektor pembuatan Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023

Dalam mencapai matlamat neutraliti karbon, menteri-menteri berkenaan menegaskan ASEAN perlu merapatkan jurang karbon dioksida (CO2) 2.6 gigatonne. - Gambar fail/Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Malaysia seru perpaduan ASEAN yang lebih utuh di sebalik peralihan dinamik kuasa global
ASEAN perlu terus memikirkan dinamik kuasa besar baharu di bawah "Trump 2.0" sambil kekal lantang dan berprinsip dalam isu geopolitik serta ekonomi.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan penurunan kadar AS
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini mendapat rangsangan daripada jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menurunkan kadar faedahnya.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.