KHAN YOUNIS: Seorang wanita tua Palestin yang tular di media sosial selepas menyatakan bahawa usianya lebih tua berbanding negara haram Israel telah ditembak mati oleh penembak tepat askar rejim Zionis di luar rumahnya.
Hadiya Nassar, 79, muncul dalam sebuah video di mana wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi, memegang kad pengenalan wanita itu sambil berkata: "anda lebih tua daripada Israel."
Difahamkan, Hadiya lahir pada tahun 1944 iaitu empat tahun sebelum penubuhan negara haram Israel.
Dalam video itu, Hadiya berada di hospital dan sedang dirawat selepas cedera susulan serangan udara Israel di Gaza.
Sementara itu, Saleh mengesahkan kematian Hadiya di laman media sosial X pada hari Khamis dan menulis: "Engkau syahid, kesayanganku. Semoga ALLAH memberikan rahmat-Nya kepadamu dan menempatkanmu di syurga."
Menurut saluran berita Al Jazeera, jiran yang juga sepupu Hadiya memberitahu bahawa wanita itu ditembak mati oleh penembak tepat Israel di luar pintu depan rumahnya.
Kematian Hadiya berlaku ketika jumlah kematian akibat kempen pengeboman Israel di Gaza mencapai 17,487 orang, termasuk 7,729 kanak-kanak, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Antara yang syahid termasuk ahli akademik dan penulis Palestin Refaat Alareer yang menjadi sasaran serangan udara Israel pada Khamis lalu, bersama-sama adik perempuannya serta empat orang kanak-kanak.
Bilangan kematian orang awam di Gaza telah mendorong pertubuhan Dokor Tanpa Sempadan (MSF) untuk melabelkan kempen ketenteraan Israel di Gaza sebagai pembunuhan secara melulu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Dec 10 2023
Tinggal kenangan, Hadiya Nassar muncul dalam satu video yang tular di media sosial dan menyatakan usianya lebih tua berbanding negara haram Israel.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Nenek Palestin lebih tua berbanding Israel dibunuh penembak tepat
Hadiya lahir pada tahun 1944 iaitu empat tahun sebelum penubuhan negara haram Israel.