Ribuan pendatang yang kebanyakannya minoriti Islam Rohingya dari Myanmar dipercayai terkandas di tengah lautan selepas ditinggalkan sindiket penyeludupan manusia, lapor BBC.
Kira-kira 2,000 orang telah didaratkan di Aceh, Indonesia awal minggu ini dan kini sedang menerima bantuan rawatan dan makanan.
Pihak berkuasa memberitahu 210 orang yang dibawa ke Aceh pada hari ini (Jumaat) adalah dari Myanmar dan 395 lagi dari Bangladesh. Pegawai perubatan memberitahu seramai lapan orang lagi dalam keadaan tenat.
"Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, mereka telah diusir oleh tentera laut Malaysia ke perairan Indonesia,” ujar Ketua Polis Langsa, Sunarya.
Tambahnya, bot mereka mula karam selepas memasuki wilayah Indonesia namun melayan tempatan telah menunda bot mereka ke daratan. Waktu mereka tiba di Aceh itu ialah kira-kira jam 5 pagi.
Pada Jumaat, sebuah bot membawa seramai 300 Islam Rohingya yang dikesan di pesisiran pantai selatan Thailand selama seminggu telah dihalau keluar dari perairan negara Siam itu.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Thailand berkata para pendatang itu tidak mahu mendarat di Thailand kerana mahu menuju ke Malaysia.
Enjit bot yang sarat itu telah dirosakkan dan ditinggalkan oleh sindiket penyeludupan manusia. Para pendatang berkenaan yang turut terdiri daripada golongan wanita dan bayi memberitahu bahawa mereka tiada bekalan makanan dan air sementara 10 daripada mereka telah meninggal dunia.
“Kami telah membaiki enjin bot berkenaan dan bot itu telah meneruskan perjalanan pada jam 3 pagi semalam.
“Kami memberi mereka makanan sedia dimakan. Mereka kini telah keluar dari kawasan persempadanan Thailand. Mereka akan cuba memasuki Indonesia memandangkan mereka tidak diterima masuk ke Malaysia,” ujar gabenor daerah Dejrat Limsiri.
Leftenan Komander Veerapong Nakprasit dari tentera laut Thailand memberitahu, kumpulan pendatang itu tidak mahu memasuki Thailand maka mereka telah dibekalkan dengan makanan, perubatan, minyak enjin dan air.
“Kami telah jalankan tugas kemanusiaan kami. Mereka mahu ke destinasi lain. Kami tidak mengusir tetapi mereka yang tidak mahu masuk ke sini,” ujarnya.
Agensi
Fri May 15 2015

Sindiket penyeludupan manusia telah merosakkan enjin bot yang sarat dengan pendatang berkenaan. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Nilawati berkata kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada Tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan.

Demi cinta, sanggup curi peti sejuk nak bayar ansuran motor kekasih
Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencuri peti sejuk dan mesin basuh di sebuah rumah, gara-gara mahu membantu membayar duit ansuran kekasihnya.

Tentera laut Indonesia tunda bot pelarian Rohingya ke pelabuhan terdekat
Indonesia yang pada awalnya mahu menghantar pulang bot itu, memutuskan untuk membenarkan pelarian mendarat atas dasar kemanusiaan.

Ulama di Aceh mahu pemain PUBG dihukum sebat
Golongan yang aktif dengan permainan PUBG dianggap telah melanggar syariat Islam di Aceh.

300 pelarian Rohingya ditemui di Aceh
Menurut pihak berkuasa, kumpulan itu tiba di Pantai Ujong Blang dengan sebuah kapal.

Majlis ulang tahun ke-15 memperingati bencana tsunami Aceh
Walaupun sudah 15 tahun berlalu, pasti ramai yang tidak dapat melupakan kejadian bencana alam tsunami di Aceh yang meragut lebih 230,000 nyawa di beberapa negara.

"Kenapa tidak bangkit isu Aceh? Saya menolong orang Islam"- Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy menegaskan bahawa beliau bukan anggota kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beginilah peta Semenanjung sekiranya...
Malaysia telah wujud sebagai sebuah negara berdaulat dan negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu selama lebih 60 tahun.

Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.

Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.