RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.
Negara-negara ini, tegas Mahmoud, harus bertanggungjawab ke atas kesengsaraan rakyat Palestin.
Kenyataan ini dibuat dalam pertemuannya di Ramallah bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
"Kami meminta dan merayu kepada semua orang dalam saat-saat genting ini, Tuan Yang Terutama Presiden Macron dan pihak-pihak kepada Majlis Keselamatan, untuk segera menghentikan pencerobohan ini terhadap rakyat kami.
"Kami juga meminta menyediakan perlindungan antarabangsa segera, mengadakan persidangan keamanan antarabangsa dan bergerak ke penyelesaian politik dan bukannya penyelesaian ketenteraan dan keselamatan, dengan melaksanakan penyelesaian dua negara mengikut legitimasi antarabangsa," katanya.
Beliau menggesa gencatan senjata dikuatkuasa sepenuhnya dengan koridor kemanusiaan diwujudkan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
“Pada saat-saat ini apabila rakyat kita terdedah kepada pencerobohan biadab mesin perang Israel, kami menuntut gencatan senjata sepenuhnya dan pembukaan koridor kekal untuk bantuan kemanusiaan untuk membawa masuk bekalan perubatan, makanan, dan menyediakan air, elektrik, bahan api, dan keperluan asas lain.
"Dan kami menekankan penolakan pemindahan penduduk Palestin dari rumah dan tanah mereka di luar Palestin, sama ada dari Gaza atau Tebing Barat," ujarnya lagi.
Konvoi bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza tidak mencukupi untuk menampung keperluan keseluruhan penduduk terperangkap di wilayah itu.
Sekatan dilakukan Israel jelas penindasan kepada hak rakyat Palestin dan ia merupakan satu jenayah perang.
Menurutnya 2.3 juta penduduk Gaza kini telah kehabisan bahan keperluan asas sejak Israel menutup wilayah itu berikutan serangan yang meletus 7 Oktober lalu.
Astro Awani
Wed Oct 25 2023
Mahmoud Abbas menggesa gencatan senjata dikuatkuasa sepenuhnya dengan koridor kemanusiaan diwujudkan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza. - Foto AP
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu
Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kanada beri amaran terhadap situasi kemanusiaan 'Bencana' di Gaza
Dalam satu kenyataan, Joly merujuk kepada laporan oleh Jawatankuasa Kajian Kebuluran yang dikeluarkan pada 8 Nov, yang menekankan kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.