Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) sentiasa sedar keamanan sebuah negara terjamin dengan sebuah kerajaan yang cemerlang.
Koordinator #WeMalaysia - Wilayah Timur AS, Anis Abd Razak berkata, ia asas kemakmuran sekali gus teladan yang harus diambil daripada beberapa negara luar yang bergolak kerana ketiadaan sepakat dalam kerajaan.
"Sebagai duta kecil negara di sini, kami sentiasa menunjukkan contoh dengan mengekalkan keputusan cemerlang, menjadi pemimpin pelajar, boleh menjadi imam, kemahiran bersukan dan sebagainya.
"Ia menjadi asas untuk kami mengekalkan prestasi selain menggunakan ilmu yang ditimba di luar negara untuk berbakti kepada negara kelak," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Isnin.
Anis mengulas pertemuan Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan kira-kira 30 pelajar Malaysia di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari beberapa universiti di Washington DC, Virginia, Maryland dan Indiana pada Khamis lalu.
Semasa pertemuan itu, Reezal turut meminta mereka menetapkan sasaran dan misi masing-masing dalam memacu Malaysia mencapai status negara maju.
Dalam pada itu kata Anis, pelajar juga turut berpuas hati dengan penerangan Reezal mengenai isu 1MDB, mata wang serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semasa pertemuan tersebut.
"Reezal memberitahu isu 1MDB itu sengaja digunakan pembangkang untuk menghentam kerajaan. Selain itu isu Ringgit dijelaskan sebagai satu mata wang terbaik di mana ia mampu bangun dengan lebih cepat berbanding negara-negara lain.
"Dalam isu GST pula, Reezal memberitahu, ia satu keperluan kepada negara lebih-lebih lagi apabila kejatuhan mendadak harga minyak dunia baru-baru ini. Impaknya juga disifatkan masih lagi terkawal," jelasnya.
Sebelum ini, pelajar Malaysia di AS lega pengukuhan Ringgit berbanding dolar AS sejak awal April memberi harapan besar tanda pemulihan ekonomi negara.
Ia sekali gus bukti ekonomi negara kekal kukuh walaupun masih ada kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi China dan kejatuhan harga minyak mentah dunia.
#WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, #WeMalaysia mempunyai cawangan di AS, Australia dan United Kingdom (UK).
Wan Syamsul Amly
Tue May 17 2016
#WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. - Gambar fail
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
'Negara perlu terus ditadbir kerajaan yang cemerlang' - #WeMalaysia AS
Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) sentiasa sedar keamanan sebuah negara terjamin dengan sebuah kerajaan yang cemerlang.
'Pengukuhan Ringgit jimat wang kiriman keluarga' - #WeMalaysia AS
Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat lega pengukuhan Ringgit berbanding dolar AS sejak awal April memberi harapan besar tanda pemulihan ekonomi negara.