AL ULA: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken berkata, negara-negara Arab berminat untuk meneruskan normalisasi hubungan dengan Israel namun mereka memerlukan laluan yang jelas ke arah penubuhan negara Palestin.
Perkara itu dinyatakan Blinken selepas pertemuannya dengan pemimpin negara-negara Arab sejak beberapa hari lalu.
Katanya, terdapat minat yang jelas di rantau Arab untuk meneruskan normalisasi.
Namun negara-negara ini meletakkan syarat mahu konflik di Gaza ditamatkan dengan wujudnya laluan jelas ke arah penubuhan negara Palestin.
Empat negara Arab telah merasmikan hubungan dengan Israel dalam pakatan yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi.
Rundingan AS bertujuan mencapai perjanjian menormalkan hubungan antara Israel dan Arab Saudi yang dihentikan apabila konflik Gaza meletus pada Oktober.
Blinken sebelum itu bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman di bandar Oasis Al Ula pada Isnin.
Beliau berkata, mereka membincangkan masa depan rantau itu dan terdapat persetujuan luas mengenai beberapa objektif.
Antaranya termasuklah Tebing Barat dan Gaza harus bersatu di bawah tadbir urus Palestin dan rantau itu perlu berusaha ke arah menormalkan hubungan, bukan perpecahan atau konflik.
Untuk itu berlaku, kata Blinken, ia perlu melihat penubuhan negara Palestin yang merdeka.
Blinken sedang dalam rangka lawatan keempatnya ke rantau itu sejak Oktober dan mengadakan lebih banyak rundingan dengan pemimpin Arab.
Ini sebahagian daripada usaha diplomatik untuk menghentikan perang di Gaza terus merebak.
Blinken dijadualkan menamatkan lawatannya di Israel, dengan pertemuan dengan para pegawai pada Selasa.
Blinken akan menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pertemuannya dengan pemimpin Arab dan pada masa sama membincangkan masa depan kempen ketenteraan Israel di Gaza.
Astro Awani
Tue Jan 09 2024
![Negara Arab minta normalisasi hubungan dengan Israel - Blinken Negara Arab minta normalisasi hubungan dengan Israel - Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704756217_TBBlinken.jpg)
Blinken bersama Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa pertemuan mereka di Al Ula. - Foto AP
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736033739_tbdisplacedPalestin.jpg)
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
![“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS “Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728706610_AntonyBlinken.jpg)
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
![Rundingan gencatan senjata Gaza akan disambung semula, kata Setiausaha Negara AS, Blinken Rundingan gencatan senjata Gaza akan disambung semula, kata Setiausaha Negara AS, Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729803040_AntonyBlinken.jpg)
Rundingan gencatan senjata Gaza akan disambung semula, kata Setiausaha Negara AS, Blinken
Blinken berkata, para perunding Gaza akan berkumpul "dalam masa terdekat."
![Amaran Amerika kepada Israel: Tingkatkan bantuan ke Gaza atau hilang sokongan ketenteraan Amaran Amerika kepada Israel: Tingkatkan bantuan ke Gaza atau hilang sokongan ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717456278_Palestinians.jpg)
Amaran Amerika kepada Israel: Tingkatkan bantuan ke Gaza atau hilang sokongan ketenteraan
Amerika beri masa 30 hari kepada Israel untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza atau mengurangkan risiko sokongan tentera.
![AS sokong Malaysia Pengerusi ASEAN, kukuhkan hubungan Indo-Pasifik AS sokong Malaysia Pengerusi ASEAN, kukuhkan hubungan Indo-Pasifik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728611164_AnwarIbrahim.jpg)
AS sokong Malaysia Pengerusi ASEAN, kukuhkan hubungan Indo-Pasifik
Blinken puji hubungan dua AS dan Malaysia yang terus berkembang dan memberi manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negara.
![Malaysia sambut baik cadangan pelaburan AS$14.7 bilion oleh syarikat gergasi teknologi AS - PM Anwar Malaysia sambut baik cadangan pelaburan AS$14.7 bilion oleh syarikat gergasi teknologi AS - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728600112_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia sambut baik cadangan pelaburan AS$14.7 bilion oleh syarikat gergasi teknologi AS - PM Anwar
Anwar berkata, Malaysia turut berharap untuk mengukuhkan kerjasama dengan AS dalam industri baharu.
![Blinken hadir Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Laos Blinken hadir Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Laos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701383991_AntonyBlinken.jpg)
Blinken hadir Sidang Kemuncak AS-ASEAN di Laos
Blinken akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN di ibu kota Laos, Vientiane.
![Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724196692_AntonyBlinken.jpg)
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
![Blinken bincang usaha terkini di Gaza dengan Al-Sissi di Mesir Blinken bincang usaha terkini di Gaza dengan Al-Sissi di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724168241_AntonyBlinken.jpg)
Blinken bincang usaha terkini di Gaza dengan Al-Sissi di Mesir
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken membincangkan rundingan gencatan senjata pusingan terkini di Gaza dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sissi di bandar pesisir utara Al-Alamein.
![Tentera Israel serang bangunan di Nuseirat, 5 terkorban Tentera Israel serang bangunan di Nuseirat, 5 terkorban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724020667_tbNuseirat.jpg)
Tentera Israel serang bangunan di Nuseirat, 5 terkorban
Kejadian dilaporkan berlaku menjelang lawatan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken untuk mengadakan rundingan gencatan senjata.