ISTANBUL: Negara-negara Arab mengecam serangan bersenjata ke atas Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat yang mengorbankan nyawa ketua keselamatan pos diplomatik dan mencederakan dua yang lain, lapor Agensi Anadolu.
"Mesir bersolidariti dengan Azerbaijan dalam peristiwa tragis ini," kata jurucakap Kementerian Luar Mesir, Ahmed Abu Zeid.
Serangan itu berlaku di Tehran ketika Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Azerbaijan untuk mengukuhkan hubungan.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara negara yang menyampaikan takziah kepada Azerbaijan atas perbuatan jenayah itu.
"UAE mengecam sekeras- kerasnya perbuatan jenayah ini dan menolak semua bentuk keganasan yang menjejaskan keselamatan dan kestabilan serta bercanggah dengan nilai prinsip moral dan kemanusiaan," katanya.
Kementerian Luar Arab Saudi turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.
Kementerian itu menegaskan Arab Saudi bersolidariti dengan Azerbaijan dan menuntut agar misi diplomatik dihormati dan menghukum pelakunya.
"Kami terkejut dan sedih dengan serangan kejam terhadap Kedutaan Azerbaijan di Tehran, di mana Ketua Keselamatan dibunuh," kata jurucakap Kementerian Luar Israel Lior Haiat menerusi ciapan di Twitter.
Haiat mengucapkan takziah kepada Azerbaijan dan rakyatnya dan mendoakan agar semua yang cedera cepat sembuh.
Kementerian Luar Jordan turut menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Azerbaijan.
Seorang penyerang bersenjata dilaporkan menyerbu kedutaan dengan senjata automatik.
Ketua perkhidmatan keselamatan kedutaan terbunuh manakala dua pengawal lagi cedera.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan apabila lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah pos pengawal kedutaan di utara Tehran.
Pasukan keselamatan segera menahan penyerang itu, kata ketua polis Tehran Hossein Rahimi kepada pemberita.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Kedutaan Azerbaijan di Tehran selepas serangan yang mengorbankan nyawa ketua keselamatan pos diplomatik dan mencederakan dua yang lain. - Foto REUTERS
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Tujuh terbunuh dalam serangan bersenjata di tapak projek Kashmir
Tujuh orang termasuk seorang doktor tempatan terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas pekerja sebuah syarikat pembinaan di wilayah Jammu dan Kashmir pada Ahad.

Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.

6 maut, 26 cedera dalam serangan bersenjata di utara Mexico
Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata melancarkan serangan semasa perhimpunan di sebuah kediaman di bandar Cajeme.

Tiga maut, empat cedera kena tembakan rambang di Siam Paragon
Pengguna sosial media berkongsikan video bagaimana orang ramai bertindak melarikan diri dari kawasan tersebut, terdengar bunyi tembakan

Dua anggota polis, 4 "pengganas" terbunuh dalam serangan bersenjata di Iran
Dua anggota polis dan empat "pengganas" terbunuh pada Sabtu dalam serangan bersenjata di sebuah balai polis di wilayah Sistan dan Baluchestan, di Iran.

Serangan bersenjata ragut 21 nyawa di Plateau, Nigeria
Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam insiden serangan bersenjata di Plateau, di Nigeria baru-baru ini, kata seorang pegawai pada Selasa, lapor Xinhua.

30 terbunuh lelaki bersenjata serang kampung di Nigeria
Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah anggota kumpulan pengawal pertahanan diri manakala penyerang dipercayai daripada etnik Fulani.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Malaysia gesa pelaku serangan bersenjata di Tehran segera di ke muka pengadilan
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan pihak keluarga perbuatan jenayah tersebut.

Negara Arab, Israel kecam serangan maut ke atas Kedutaan Azerbaijan di Tehran
Serangan itu berlaku di Tehran ketika Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi mengadakan lawatan rasmi ke Azerbaijan.