Pelakon yang memegang watak Santana Lopez dalam siri muzikal popular itu dibimbangi lemas di Tasik Piru akibat diseret oleh pusaran air.
Menurut laporan media antarabangsa, kebimbangan itu disuarakan oleh Andrea Arredondo, 26, yang merupakan sepupu kepada Denise Arredondo yang meninggal dunia pada 2009 kerana disedut masuk ke dalam pusaran air di tasik yang sama pada usia 9 tahun.
" Saya sangat terkejut dengan maklumat ini dan saya tidak menyedari bahawa pusaran air boleh berlaku di tasik"
"Saya berharap ia bukan penyebab Rivera tidak muncul kembali namun itu salah satu kemungkinan" katanya.
BACA : Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot
BACA : Naya Rivera hilang: Tasik Piru ditutup bagi meneruskan operasi pencarian
Andrea mengatakan Denise dan keluarganya berenang di tasik pada 16 Mei 2009 dan menuju ke kawasan cetek sebelum dia tiba-tiba diseret ke dalam pusaran air.
Pada masa sama, penyelam profesional, Robert Inglis menyatakan kepala Rivera berkemungkinan terhentak pada kayu atau batu yang ada di dasar tasik tersebut semasa sedang menyelam.
Terdahulu misteri kehilangan Rivera dikesan selepas penemuan anak lelakinya yang berusia empat tahun didalam kapal yang disewa Rivera.