Bakal Perdana Menteri, Nawaz Sharif berikrar mahu terus bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat susulan partinya menang besar dalam pilihan raya berlangsung pada 11 Mei itu.

Berdasarkan kiraan di 254 kerusi dipertandingkan Parti Liga Muslim Nawaz
(PMLN) mendapat majoriti.

Menurut Nawaz penting bagi Pakistan untuk menjalinkan hubungan baik bukan sahaja bersama Washington tetapi negara lain.

Bagaimanapun katanya keutamaan beliau nanti ialah menyelesaikan masalah dalaman Pakistan.

Nawaz hampir pasti menggantikan teraju kerajaan awam sebelum ini dipimpin Presiden Asif Ali Zardari daripada Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Jika dilantik sekali lagi secara peribadi, ini kali ketiga beliau memegang jawatan Perdana Menteri Pakistan.

PPP yang mentadbir kerajaan pakistan sebelum ini hanya menang 30 kerusi.

Dalam pada itu saham Pakistan memberi reaksi positif hasil keputusan pilihan raya umum negara itu.

Indeks bursa saham utama Karachi (KSE) melonjak 227 mata untuk ditutup pada 20472 mata.