JAKARTA:Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi menzahirkan rasa duka cita atas insiden nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182 di Kepulauan Seribu, lapor portal berita Kompas.com.
“Saya atas nama pemerintah dan seluruh masyarakat Indonesia menyampaikan duka cita yang mendalam atas terjadinya musibah ini," kata Jokowi menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Sekretariat Presiden, pada Ahad.
Jelas Jokowi, beliau telah mengarahkan Menteri Perhubungan (Pengangkutan) dan Badan SAR Nasional (Basarnas) selain dibantu Tentera Nasional Indonesia (TNI) serta Polis Republik Indonesia (Polri) untuk segera menjalankan operasi pencarian mangsa.
LAPOR LANGSUNG: Nahas pesawat Sriwijaya Air Indonesia
"Kita lakukan upaya yang terbaik untuk menemukan dan menyelamatkan korban dan kita doakan bersama, kita berdoa bersama-sama agar para korban bisa ditemukan," ujarnya.
Beliau juga juga telah meminta Jawatankuasa (Komite) Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) untuk melaksanakan siasatan terhadap insiden malang itu.
Pesawat Sriwijaya Air yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu (9 Januari), empat minit setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten.
Ia kemudian telah disahkan terhempas, oleh Menteri Perhubungan Indonesia, yang sebelum itu menerima laporan daripada pihak berkuasa tempatan, termasuk saksi yang melihat letupan terjadi di sekitar Pulau Laki.
BACA: Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
BACA: Cebisan mayat ditemukan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas
BACA: Nahas Sriwijaya Air: Nelayan dengar bunyi ledakan, nampak percikan api
Astro Awani
Sun Jan 10 2021
Jokowi menzahirkan rasa duka cita selain mengarahkan operasi pencarian mangsa korban digiatkan. - YouTube Sekretariat Presiden.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
'Hina' penjual air teh: Prabowo sokong peletakan jawatan Gus Miftah
Prabowo Subianto menyokong keputusan Gus Miftah untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden bagi Kerukunan Beragama dan Pembinaan Kemudahan Keagamaan.
Presiden Indonesia ucap tahniah kepada Trump atas kemenangan dalam pilihan raya
Prabowo Subianto mengucapkan "tahniah setulus hati" kepada Trump dan menekankan hubungan kukuh dan strategik antara Indonesia dan AS.
Presiden baharu Indonesia, Prabowo terima kunjungan Naib Presiden China
China sedia bersinergi dengan Indonesia di bawah kepimpinan dan bimbingan ketua negara itu yang baharu.
Presiden baharu Indonesia Prabowo pilih SUV buatan tempatan sebagai kenderaan rasmi
Prabowo menaiki MV3 Garuda atau Maung Garuda berwarna putih selepas upacara angkat sumpah di Kompleks Parlimen Senayan.
Malaysia terus jadi rakan strategik Indonesia, tingkat persahabatan - PM Anwar
Anwar melahirkan keyakinan pelantikan Prabowo akan sama-sama membangunkan kerukunan dengan Malaysia dan mengangkat martabat rantau ini.
Mohamad ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.
PM Anwar hadiri majlis pelantikan Presiden dan Naib Presiden Indonesia
Kementerian Luar Negeri memaklumkan Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden baharu itu.
Prabowo janji gaji tinggi, faedah lebih baik untuk hakim
Hakim mesti berakhlak mulia dan kerajaan perlu sediakan pendapatan yang mencukupi supaya mereka dapat menjaga maruah, kata bakal Presiden Indonesia.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
'Tinggalkan saya, jika saya tidak lagi di landasan yang betul' - Prabowo
Prabowo Subianto menegaskan jika beliau tidak lagi berada di landasan yang betul dalam membela rakyat, ahli-ahli Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dialu-alukan untuk meninggalkannya.