Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang sepatutnya memasuki Gaza petang ini terpaksa bermalam di Ismailia, Mesir.
Ini kerana kargo yang membawa makanan dan bekalan ubat-ubatan tidak dapat mengikuti konvoi yang lain disebabkan masalah teknikal yang dihadapi di Kaherah.
Mengikut perancangan awal, kumpulan seramai 83 sukarelawan perlu terlebih dahulu ke sempadan Rafah dan penghantaran kargo yang diluluskan lewat Jumaat akan menyusul kemudian, selepas kesemua 10 tan metrik muatannya dimasukkan ke dalam kontainer.
Namun selepas tiba di sini pada pukul 4 petang tadi waktu tempatan, kargo tersebut masih tersangkut.
Pasukan sukarelawan termasuk dari Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dijangka menuju semula ke sempadan Rafah kira-kira 300 kilometer dari sini pagi esok.
Misi yang diketuai Presiden KP1M, KP1M president Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhasrat menyampaikan 5,000 kotak makanan dan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin.
Kira-kira 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza sejak 8 Julai lalu.
Bernama
Sun Aug 17 2014
Misi yang diketuai Presiden KP1M, KP1M president Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhasrat menyampaikan 5,000 kotak makanan dan bantuan.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.
Lelaki tikam dua beranak hingga maut direman tujuh hari
Seorang lelaki yang menikam dua beranak sehingga maut dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Bandar Baru, Ayer Itam direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Pegawai kadet didakwa tekap seterika di tubuh pelatih junior
Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menekap seterika pada tubuh seorang pelatih junior.
[TERKINI] Vivy, Fadza beri keterangan lebih lima jam ke SPRM
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk direkod keterangan.
Peluang terbuka untuk perniagaan Malaysia di Hong Kong & Greater Bay Area
Greater Bay Area laluan strategik yang berpotensi besar untuk syarikat Malaysia yang ingin mengembangkan sayap mereka di pasaran antarabangsa.
Lazzarini seru tindakan antarabangsa tarik balik pengharaman UNRWA
Ketua UNRWA memberi amaran bahawa jutaan rakyat Palestin akan terjerumus ke dalam huru-hara jika PBB tidak campur tangan untuk menghentikan undang-undang Israel yang melarang operasi agensi itu.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam direman tujuh hari.
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam.
Kumpulan Muslim AS gesa Trump hormati janji kempen untuk keamanan, akhiri konflik di Gaza
Kumpulan itu turut meminta pegawai Demokrat mengambil pengajaran daripada kehilangan sokongan Harris dalam kalangan Muslim.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Korban Gaza meningkat kepada 43,374 orang, 102,261 lagi cedera
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, 33 rakyat Palestin telah terbunuh dan 156 lagi cedera.
Harris janji usaha tamatkan konflik di Gaza jika dipilih sebagai Presiden AS
Harris menyifatkan tahun ini adalah sukar memandangkan skala kematian dan kemusnahan di Gaza serta korban awam dan pemindahan paksa penduduk di Lubnan.
Israel tamatkan kerjasama dengan UNRWA - Duta
Ketua UNRWA Philippe Lazzarini memberi amaran bahawa langkah itu secara efektif menjejaskan usaha agensi berkenaan untuk menyediakan bantuan kepada pelarian Palestin.
Lebih 100 kakitangan tuduh BBC berat sebelah dalam liputan perang Israel di Gaza
Lebih 100 kakitangan BBC menuduh syarikat itu memberikan liputan berat sebelah yang memihak kepada Israel dalam laporan konflik di Gaza.
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.