NEW YORK: Undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam usaha untuk meningkatkan bantuan ke Semenanjung Gaza telah ditangguhkan atas permintaan Amerika Syarikat (AS).

Presiden UNSC untuk Disember, wakil tetap PBB Ecuador Lopez-Dominguez berkata UNSC bersetuju untuk meneruskan rundingan bagi memberi masa tambahan.

"UNSC bersetuju untuk meneruskan rundingan bagi memberi ruang kepada usaha diplomatik dan ia dijadual akan dilaksana esok pagi," katanya.

Beliau yang membaca teks dirangka oleh Emiriah Arab Bersatu berkata, pada dasarnya rundingan ini bertujuan untuk melemahkan kawalan Israel ke atas semua penghantaran bantuan kemanusiaan kepada 2.3 juta orang di Gaza.

Ini kerana Washington secara tradisinya melindungi sekutunya Israel daripada tindakan PBB.

Pada masa ini, Israel memantau penghantaran bantuan kemanusiaan dan bahan api terhad ke Gaza melalui persimpangan Rafah dari Mesir dan persimpangan Kerem Shalom yang dikawal oleh Israel.

Pada Rabu, konvoi bantuan kecemasan memasuki Gaza terus dari Jordan dengan membawa 750 tan metrik makanan.

Program Makanan Sedunia (WFP) berkata separuh daripada penduduk Gaza kelaparan dan hanya 10 peratus daripada makanan yang diperlukan telah memasuki Gaza sejak 7 Oktober.

AS sudah dua kali memveto tindakan UNSC sejak serangan 7 Oktober oleh Hamas yang menurut Israel membunuh 1,200 orang dan menyaksikan 240 orang dijadikan tebusan.