Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) harus berpegang teguh kepada proses damai walaupun menghadapi halangan kerana ia adalah pilihan yang praktikal untuk menyelesaikan isu Bangsamoro di selatan Filipina.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata setakat ini proses itu terbukti sangat berjaya untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan yang relatif di selatan Filipina.
"Kembali kepada perjuangan bersenjata pasti bukan pilihan dan pertumpahan darah harus dielakkan dalam apa keadaan sekalipun," kata beliau dalam satu kenyataan selepas menemui Pengerusi MILF Murad Ebrahim.
Bagaimanapun, Najib tidak menyebut tempat pertemuan tersebut tetapi berkata pertemuan itu bagi membincangkan proses damai di Selatan Filipina yang Malaysia bertindak sebagai perantara.
"Saya telah mencapai persefahaman dengan Al-Haj Murad Ebrahim bahawa MILF harus mengekalkan manfaat paling signifikan dalam proses damai, Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB)," kata beliau.
Beliau menggesa MILF untuk terus bersatu terutama pada masa yang menguji kesabaran bagi menghadapi ketidakpastian dan cabaran.
Najib juga berkata beliau telah mengulangi komitmen Malaysia untuk menyokong proses damai di luar Presiden Benigno Aquino, dan bersedia dan sanggup bekerjasama dengan Presiden Filipina yang baharu, tidak kira siapa yang memenangi pilihan raya yang akan berlangsung pada Mei tahun ini, mengenai isu itu.
"Sebagai tanda komitmen Malaysia, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan mengiringi kumpulan baharu pemerhati dalam Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) semasa proses penyerahan di Cotabato City, bulan depan," kata beliau.
Najib berkata Murad mengikrarkan komitmennya yang amat tinggi untuk mengekalkan keamanan dan manfaatnya.
"Saya telah menggalakkan Al-Haj Murad Ebrahim untuk mendekati secara aktif kumpulan Moro yang lain bagi memupuk perpaduan Bangsamoro dan memastikan keterangkuman proses damai sekarang," kata beliau.
"Saya menyeru semua kumpulan di Mindanao supaya menolak fahaman radikal dan ekstremisme. Sebagai umat Islam, kita mesti menegakkan dan melaksanakan wasatiyah yang memperjuangkan cara hidup sederhana, adil dan seimbang," kata beliau.
Perdana Menteri berkata, ia juga merupakan hasrat peribadinya untuk melihat keamanan yang berkekalan wujud kerana beliau juga menganggap proses damai Filipina-MILF sebagai model untuk menyelesaikan konflik yang sudah lama berlarutan.
"Proses ini bukan sahaja mewujudkan keamanan di selatan Filipina tetapi juga juga di rantau itu.
"Jika proses tersebut akhirnya selesai, ia juga akan melindungi Asia Tenggara daripada ancaman kumpulan militan," kata beliau.
Najib juga melahirkan keyakinan bahawa pihak-pihak yang bertelagah akan terus komited untuk mewujudkan keamanan yang berkekalan, dan Malaysia akan terus menjadi perantara yang jujur dalam proses ini.
Perjanjian damai komprehensif antara kerajaan Filipina dan MILF, yang Malaysia bertindak sebagai perantara, ditandatangani pada 27 Mac, 2014.
Bernama
Fri Feb 26 2016

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF), Al-Haj Murad Ebrahim di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat. - Foto Bernama

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kami yakin dengan usaha damai ini - Pengerusi MILF
Perkembangan positif dalam rundingan damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dapat mengelakkan penyebaran fahaman Daish.

MILF harus berpegang teguh pada proses damai - Najib
Ini adalah pilihan yang paling praktikal untuk menyelesaikan isu Bangsamoro di selatan Filipina, kata Datuk Seri Najib Razak.

Ekstremisme bakal rencat pelan damai MILF
Senario keganasan yang berlaku di Filipina ketika ini dilihat bertujuan untuk melengah-lengahkan usaha perdamaian yang sedang cuba dicapai negara itu dengan Barisan Pembebasan Islam Moro, (MILF).

Dewan Perwakilan Filipina tubuh jawatankuasa khas teliti undang-undang tubuh Bangsamoro
Dewan Perwakilan Filipina menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti rang-rang undang-undang tubuh Bangsamoro yang akan dikemukakan oleh kerajaan kepada Kongres, lapor portal berita Rappler.