Seorang pemimpin pemberontak Ukraine tidak bersetuju dan menolak sama sekali laporan siasatan Belanda yang merumuskan bahawa peluru berpandu buatan Rusia telah menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di ruang udara Ukraine.
Dalam tragedi tersebut, kesemua 298 penumpang terkorban.
Aleksandr Zakharchenko memberitahu bahawa siasatan berkenaan tragedi itu "sama sekali tidak dilakukan dengan betul", lapor portal berita BBC.
Dalam hal berkaitan, ketua pejabat penerbangan Rusia telah mendesak badan penerbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memulakan siasatan baharu pada Rabu (14 Oktober 2015).
Negara Barat dan Ukraine mendakwa pihak pemberontak bertanggungjawab menjatuhkan pesawat Boeing 777, namun Rusia menuding jari kepada angkatan tentera Ukraine.
Pesawat MH17 tersebut yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara Ukraine sewaktu konflik memuncak antara pasukan tentera pemerintah dengan pejuang pemisah pro-Rusia pada Julai tahun lalu.
Laporan terakhir tragedi itu dikeluarkan pada hari Rabu setelah siasatan dilakukan selama 15 bulan oleh pasukan penyiasat antarabangsa yang diketuai Badan Keselamatan Belanda.
Majoriti mangsa yang terbunuh adalah penumpang warga Belanda iaitu seramai 196 orang manakala penumpang selebihnya dan anak-anak kapal terdiri daripada warganegara daripada 10 buah negara.
Agensi
Thu Oct 15 2015

Laporan terakhir tragedi itu dikeluarkan pada hari Rabu setelah siasatan dilakukan selama 15 bulan oleh pasukan penyiasat antarabangsa yang diketuai Badan Keselamatan Belanda. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

MH17: Pemberontak Ukraine tolak hasil siasatan Belanda
Seorang pemimpin pemberontak Ukraine menolak hasil siasatan Belanda yang mendapati pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia.