Berpuluh keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di udara Ukraine dua tahun lalu bercadang menyaman syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan pampasan, peguam mereka memberitahu AFP pada Selasa.
Kesemua 298 penumpang dan kru – majoritinya rakyat Belanda – maut apabila pesawat Boeing 777 itu ditembak oleh peluru berpandu antipesawat BUK buatan Rusian di timur Ukraine yang sedang bergolak pada 17 Julai 2014.
"Kami masih berunding kes itu. Namun tawaran yang dibuat Malaysia Airlines agak melampau bagi klien kami," peguam Veeru Mewa memberitahu AFP.
Firma guamannya, Beer Advocaten, mewakili keluarga 91 penumpang yang terbunuh dalam kemalangan itu.
Namun beliau juga mengetuai kumpulan utama peguam Belanda, mewakili keluarga 168 penumpang yang maut dalam pesawat malang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Di bawah Konvensyen Montreal 1999, pihak keluarga boleh memutuskan sama ada mahu memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan itu sehingga ulang tahun kedua tragedi pada 17 Julai.
Mewa berkata pihak insuran MAS “mengambil kesempatan ke atas undang-undang Belanda’ di mana apabila seseorang meninggal dunia akibat kemalangan, pihak keluarga hanya boleh menuntut pampasan dalam bentuk kos pengkebumian.”
Menurut amalan antarabangsa, tindakan itu seolah menunjukkan nilai nyawa seorang warga Belanda lebih rendah daripada warga yang lain,” kata Mewa.
Saman itu, jika difailkan, bakal menuntut ganti rugi pendapatan dan pampasan bagi trauma kehilangan orang tersayang.
Saman itu, jika difailkan, bakal menuntut ganti rugi pendapatan dan pampasan bagi trauma kehilangan orang tersayang.
Pihak peguam berkata keluarga turut menuntut Malaysia Airlines dipertanggungjawabkan kerana membuat penerbangan di daerah Ukraine yang dilanda konflik .dalaman
Kebanyakan keluarga mengalami trauma selepas kehilangan ahli keluarga, sindrom tekanan pasca-trauma selepas terganggu melihat imej-imej termasuk pihak pemberontak berjalan di tanah perkuburan manakal mereka pula tidak dapat pergi ke sana, selepas kerajaan Belanda tiada di sana untuk mengumpul mayat mangsa,” tambahnya.
Mereka menuntut penyelesaian, dan tawaran yang dibuat buat masa ini tidak memuaskan mereka sama sekali, kata Mewa.
Namun, saman itu masih menjadi tanda tanya, sama ada akan difailkan di The Hague or Malaysia dan membabitkan keluarga dari Swiss, Indonesia dan Australia.
“Malaysia Airlines, sejurus selepas tragedi tersebut ada menyuarakan kesanggupan untuk bertanggungjawab dan menguruskan keluarga mangsa. Namun, tawaran mereka tidak langsung menggambarkan apa yang dijanjikan,” kata Mewa.
Pihak peguam turut mempertimbang menuntut Malaysia Airlines dipertanggungjawabkan kerana membuat penerbangan di wilayah Ukraine yang sedang dilanda konflik dalaman.
AFP
Tue Apr 19 2016

Berpuluh keluarga mangsa insiden MH17 bercadang menyaman syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan pampasan.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MH17: Keluarga mangsa cadang saman Malaysia Airlines
Berpuluh keluarga mangsa insiden MH17 bercadang menyaman syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan pampasan.