Baki sembilan lagi mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 berkemungkinan tidak akan dapat ditemui dan dibawa pulang dari lokasi nahas di Timur Ukraine yang kini berubah menjadi medan perang selepas tragedi berlaku lebih empat bulan yang lalu.
Pandangan itu disuarakan Menteri Luar Belanda, Bert Koenders di Kharkiv, Ukraine ketika menghadiri majlis penghormatan lima lagi mayat mangsa nahas yang berjaya ditemui sebelum diterbangkan ke Belanda.
Satu lagi majlis seumpamanya akan diadakan di Belanda, Isnin dan dijangka dihadiri oleh 1,600 orang.
“Kita tidak boleh mengatakan ketika ini yang kita akan dapat mengesan baki sembilan lagi mangsa nahas,” kata Koenders.
Nahas Pesawat Penerbangan Malaysia itu berlaku pada 17 Julai lalu dengan 298 penumpang dan anak kapal berada dalam penerbangan yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sehingga kini sejumlah 289 mangsa telah dikenal pasti.
Pihak Ukraine dan Barat mendakwa kumpulan pemberontak yang disokong Rusia bertanggungjawab menembak jatuh peswat terbabit tetapi Moscow pula mendakwa pesawat tentera Ukraine yang melakukannya.
AFP
Sun Nov 09 2014
Nahas Pesawat Penerbangan Malaysia itu berlaku pada 17 Julai lalu dengan 298 penumpang dan anak kapal berada dalam penerbangan yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Foto AFP
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Belanda bidas Russia sebagai sengaja timbulkan kekeliruan mengenai MH17
Menteri Luar Belanda, Bert Koenders, berkata reaksi Rusia itu jelas menunjukkan negara itu tidak berminat mengenai laporan akhir berkenaan.
MH17: Ukraine dakwa berjaya gagalkan plot terhadap Menteri Luar Belanda
Plot ke atas Bert Koenders tersebut dipercayai sudah dirancang sejak 8 November lalu di Kharkiv, timur Ukraine.
MH17: Baki 9 lagi mayat berkemungkinan tidak akan ditemui - Menteri Luar Belanda
Baki sembilan lagi mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 berkemungkinan tidak akan dapat ditemui kata Menteri Luar Belanda,Bert Koenders.