Lebih seribu penduduk Rusia cedera akibat meteor terhempas semalam.

Ia dilapor memasuki ruang udara kawasan pergunungan Ural sebelum menimpa daerah Chelyabinsk.

Ia berlaku ketika sebahagian besar mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Sebahagian besar mereka dilapor mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan kaca dan objek lain yang bertebaran.

Hempasan turut mengakibatkan gangguan sistem komunikasi.

Laporan mendakwa sebuah kilang zink di kawasan berkenaan turut ranap.

Menurut mangsa ketika kejadian, mereka mendengar bunyi letupan, cahaya terang dan gegaran.