Keluarga Balata, seperti kebanyakan keluarga Palestin yang lain, benci kepada Israel tetapi mereka juga menjarakkan diri daripada Hamas.
Selama lebih tiga minggu sepanjang konflik ini berterusan, kehidupan keluarga itu berkisar kepada persoalan apakah cara terbaik untuk menyelamatkan keluarga besar mereka yang terdiri daripada beberapa generasi yang tinggal di sebuah daerah di Gaza yang paling teruk menerima kesan serangan.
Terperangkap antara Israel dan Hamas, mereka kini membayar harga korban yang cukup mahal.
Sebelas anggota keluarga itu terbunuh dalam satu serangan pada Julai 29 (Rabu). Jenazah semua korban itu -- seorang lelaki, lapan wanita, seorang budak lelaki dan seorang bayi -- dikebumikan dalam dua liang lahad di tanah perkuburan di atas bukit tidak jauh dari rumah mereka.
Ketika konflik ini menyebabkan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal, pegawai Pertubuhan Bangsa- Bersatu dan Palestin mengatakan sesetengah keluarga itu membuat percaturan untuk berpecah, masing-masing mencari perlindungan di serata tempat di Gaza.
Sekiranya ada yang terbunuh, setidak-tidaknya masih ada ahli keluarga yang boleh menyambung keturunan itu.
LIHAT FOTO GALERI: SENARIO DI GAZA
Tetapi bagi kebanyakan keluarga, mereka bergerak bersama untuk mendapatkan kekuatan dan ketenangan. Sesetengahnya kini tinggal dengan sanak saudara dan menyebabkan saiz keluarga itu jadi lebih besar.
Sesetengahnya pula memilih untuk berlindung di sekolah tajaan PBB dan tempat perlindungan yang lain. Krisis ini bagaimanapun memburu mereka sampai ke tempat-tempat perlindungan itu.
"Malangnya banyak keluarga yang kehilangan sebahagian besar ahli keluarga," kata Adnan Abu Hasna, jurucakap agensi bantuan PBB, UNRWA. Badan itu membantu menempatkan lebih kurang 200,000 rakyat Palestin di 85 buah sekolahnya.
"Keluarga itu berhimpun bersama untuk mendapatkan kekuatan psikologi. Ini soal budaya. Kata mereka, kalau mati biarlah mati bersama satu keluarga."
Keluarga Balata juga memilih untuk mengharungi krisis ini bersama.
Tiga hari lalu, Naim Balata, 45, seorang juruelektrik, datang ke rumah abangnya bersama isteri serta enam anak perempuan dan seorang anak lelakinya, Yahya yang berumur tujuh tahun.
Mereka diberi amaran oleh tentera Israel untuk meninggalkan Jabalya kerana serangan ke atas Hamas.
Ada alasan lain juga: bumbung rumah mereka tidak dibuat daripada konkrit dan mereka bimbang serpihan bom boleh meranapkannya, kata seorang saudara mereka.
Selepas makan tengahari, Naim tidur sekejap. Abangnya, Abdul Karim pun tidur sama. Ahli keluarga wanitanya pula mengemas dapur dan berbual-bual.
Ketika itulah bedilan pertama sampai, bedilan yang menembusi rumah itu menyebabkan batu-bata, besi dan debu berterbangan, kata Abdul Karim yang terkejut daripada lenanya dan bertempiaran keluar rumah bersama isteri dan anak lelakinya.
Kemudian datang bedilan kedua yang mencampakkan Abdul Karim ke tanah. Apabila dia bangun semula, dia berlari masuk ke rumah untuk membantu ahli keluarganya yang lain.
"Saya nampak anak saudara saya, Yahya, terlantar di atas tanah. Saya angkat dia. Separuh mukanya koyak," kata Abdul Karim.
Cucunya yang juga diberi nama yang sama dengannya terbaring tidak jauh dari situ. Umurnya 14 tahun. Tangannya hampir putus. Tubuhnya bergelumang darah tetapi dia masih hidup. Melihat keadaannya, Abdul Karim jatuh pengsan. Sebuah ambulans tiba dan membawa bayi itu ke hospital.
Ahli keluarga yang lain kemudiannya menjumpai tubuh Naim bersama isteri dan enam anak perempuan mereka di bawah runtuhan bangunan. Mereka semua ditemui dalam bilik tidur, seolah-olah semuanya masuk ke bilik itu untuk mengejutkan Naim selepas bedilan yang pertama.
Jenazah anak perempuan Abdul Karim, Hadeel, 18, juga ada di bawah runtuhan itu.
Menjelang malam, keluarga Balata mengebumikan semua yang terbunuh di tanah perkuburan tidak jauh dari rumah mereka. Pada pagi Rabu, bayi tadi meninggal dunia dihospital kerana cedera. Dia juga dikebumikan di tanah perkuburan yang sama.
Pada majlis tahlil pada petang Rabu, Allah Balata duduk tenang di sebuah kerusi. Anak lelaki Naim itu juga ada di rumah tersebut semasa kejadian tetapi dia terselamat. Kini dialah satu-satunya waris keluarga itu yang akan menyambung keturunan ayahnya.
Dia menunjukkan foto adiknya, Yahya menggenggam sijil lulus peperiksaan dengan markah yang cemerlang.
Menurut jiran dan penduduk setempat, keluarga itu tidak ada kena-mengena dengan Hamas atau mana-mana kumpulan Palestin yang lain. Abdul Karim, pemandu dengan sebuah agensi berita Palestin, berkata beliau juga tidak ada kaitan dengan kumpulan pejuang dan tidak faham kenapa rumahnya diserang.
Majlis tahlil di rumah tempat 52 ahli keluarga Balata kini tinggal itu dihadiri oleh beberapa orang. Seperti majlis-majlis tahlil yang lain, tidak ada seruan untuk balas dendam atau mengutuk Israel. Tidak ada bendera Hamas atau bendera Palestin.
Ditanya apakah mereka rasa Hamas ikut bertanggungjawab atas nasib keluarganya, Abdul Karim tidak cepat menolak pandangan itu atau menyatakan dukungan kepada pergerakan tersebut, seperti kebanyakan orang Palestin lain yang diwawancara di Gaza.
"Saya menentang keganasan dan pembunuhan oleh kedua-dua belah pihak," kata Abdul Karim. "Anak-anak Israel buah hati ibu bapa mereka. Anak-anak kami buah hati kami."
Katanya, dia berharap pemimpin Hamas akan duduk bersama kumpulan Palestin yang lain dan merangkakan gencatan senjata yang panjang.
Tidak seperti kebanyakan orang di Gaza, dia tidak menekankan bahawa gencatan senjata hanya berlaku jika tuntutan Palestin dipenuhi atau Hamas akan meneruskan perjuangan sehingga tuntutan itu dipenuhi.
"Sudah tentu saya mendukung proses damai. Siapa yang mahu keluarganya cedera?" kata Abdul Karim. "Semua kami ada masalah psikologi. Semua orang perlukan rawatan jiwa di Gaza."
Tidak berapa lama kemudian, dia memeluk foto anak perempuannya, Hadeel. Remaja itu juga lulus cemerlang dalam peperiksaan. Dia mahu jadi seorang doktor dan bekerja dengan PBB, kata ayahnya dalam suara yang perlahan membayangkan harapan seluruh keluarga Balata untuk masa depan yang lebih cerah.
"Mereka sudah hancurkan masa depan keluarga saya," kata Abdul Karim.
Di luar, sayup-sayup terdengar satu lagi bedilan meletup dan 'drone' Israel terdengar menderu di langit biru yang cerah.
Sudarsan Raghavan
Tue Aug 05 2014
Keganasan Israel yang menyebabkan keluarga Balata terkorban - Gambar Fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Tiada pertukaran tebusan, tahanan tanpa akhiri perang Gaza - Hamas
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
AS sekali lagi veto draf resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB berhubung Gaza
AS menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya
Israel tawar AS$5 juta jika kembalikan tebusan
Mana-mana individu yang menyerahkan tebusan kepada pihak Israel juga akan diberikan laluan selamat untuk keluar.
Israel rompak 100 lori bantuan makanan ke Gaza
Insiden itu dianggap misi pemberian bantuan terburuk sepanjang tempoh 13 bulan perang di wilayah bergolak itu.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
UNSC akan adakan sesi tamatkan perang, jamin keamanan berkekalan di Asia Barat
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan mengadakan sesi taklimat pada Isnin mengenai situasi di Asia Barat.