RIYADH: Menteri Pelancongan Israel, Haim Katz berkunjung ke Arab Saudi pada Selasa, sekali gus merekodkan apa yang disifatkan Israel sebagai kunjungan diplomatik yang pertama kali dibuat anggota Kabinet negara itu ke Arab Saudi.
Kunjungan Katz dilaporkan bagi menghadiri persidangan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Lawatan dua hari Katz berlaku ketika Arab Saudi sedang mencari potensi perjanjian formal dua hala dengan Israel yang mungkin diatur oleh Amerika Syarikat (AS).
Katz turut diiringi sejumlah delegasi ke acara pertubuhan pelancongan sedunia PBB itu.
"Pelancongan adalah jambatan antara negara," kata Katz dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya.
"Kerjasama dalam bidang pelancongan berpotensi untuk mendekatkan hati dan kemajuan ekonomi.
"Saya akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama, pelancongan dan hubungan luar Israel," tambah beliau.
Kerajaan Arab Saudi, bagaimanapun, belum memberi sebarang pengesahan berhubung lawatan menteri dari Israel itu.
Washington sebelum ini telah menggesa sekutu-sekutunya di Timur Tengah iaitu Israel dan Arab Saudi untuk memulihkan hubungan diplomatik selepas perjanjian serupa melibatkan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Maghribi.
Dalam perkembangan sama, Palestin pula menyifatkan perjanjian-perjanjian tersebut yang diatur oleh AS sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan mereka dan usaha untuk memperoleh kemerdekaan.
Sementara itu wartawan Al Jazeera, Rob Reynolds yang melaporkan dari Jerusalem Timur berkata, lawatan Katz ke Arab Saudi ‘sangat penting’ kerana ia ‘sangat luar biasa.’
"Hubungan antara kedua-dua negara sudah dingin sejak bertahun lamanya, tetapi sekarang... mereka semakin dekat dan semakin pantas," kata Reynolds sambil memetik laporan media Israel bahawa menteri komunikasi negara itu pula dijangka melawat Arab Saudi minggu depan.
Tengku Mahkota yang juga pemerintah de facto Arab Saudi, Mohammed bin Salman, minggu lalu memberitahu rangkaian Amerika Syarikat Fox bahawa negara itu semakin ‘dekat’ dengan perjanjian bersama Israel, tetapi menekankan bahawa isu Palestin tetap ‘sangat penting’ bagi Riyadh.
Dalam beberapa bulan terakhir, Israel telah menghantar delegasi ke Arab Saudi untuk menyertai acara sukan dan lain-lain acara termasuk mesyuarat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pada hari Selasa juga, Arab Saudi menghantar delegasi pertamanya dalam tiga dekad ke Wilayah Tepi Barat yang diduduki untuk meyakinkan rakyat Palestin bahawa negara itu akan mempertahankan isu mereka walaupun sedang menjalin hubungan yang lebih rapat dengan Israel.
"Isu Palestin merupakan asas utama," kata Naif bin Bandar Al Sudairi, yang memimpin delegasi dan duta baharu Arab Saudi ke Palestin, selepas berjumpa dengan diplomat utama Palestin, Riyad al-Maliki, di Ramallah untuk berbincang dan menyerahkan watikah pelantikannya.
"Dan sudah pasti bahawa Inisiatif (Keamanan) Arab Saudi, yang telah dibentangkan oleh kerajaan pada tahun 2002, adalah asas bagi perjanjian yang akan datang."
Reynolds dari Al Jazeera turut melaporkan, kedudukan Arab Saudi sudah diketahui berperanan untuk memulihkan hubungan tetapi hanya selepas Israel bersetuju untuk mendirikan negara Palestin merdeka mengikut sempadan 1967 dengan Timur Jerusalem sebagai ibu kotanya.
"Pegawai-pegawai Arab Saudi telah bercakap mengenai hal itu tetapi ia kelihatan tidak lagi menjadi syarat sebagaimana yang mereka tetapkan sebelum ini," katanya sambil memaklumkan, situasi ini membuatkan sebilangan besar rakyat Palestin bimbang apa lagi yang akan berlaku selepas ini. - Al Jazeera
Agensi
Wed Sep 27 2023

Menteri Pelancongan Israel, Haim Katz berkunjung ke Arab Saudi pada Selasa, sekali gus merekodkan apa yang disifatkan Israel sebagai kunjungan diplomatik yang pertama kali dibuat anggota Kabinet negara itu ke Arab Saudi. - Gambar fail REUTERS

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Menteri Pelancongan Israel lawat Arab Saudi
Lawatan Haim Katz merupakan kunjungan diplomatik pertama kali dibuat anggota Kabinet Israel ke Arab Saudi.