Menteri Kebudayaan Perancis Franck Riester disahkan dijangkiti COVID-19, namun berada dalam keadaan baik dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri itu pada minggu lalu menghadiri beberapa sesi perbahasan di Dewan Negara, memetik televisyen BFM.

Terdapat 1,412 kes di Perancis dengan 25 kematian setakat 3 petang (1400 GMT) Isnin, menurut Kementerian Kesihatan.

BACA: Salam korona ubah tradisi, rakyat Perancis kini kurang laga pipi

BACA: COVID-19: Perlawanan Ligue 1 dihadkan kepada 1,000 penonton

-- BERNAMA