18 Disember 2017 merupakan tarikh akhir kelibat Kim Jonghyun dilihat umum di sebuah kedai serbaneka sebelum dia ditemui mati, menurut portal SBS.
Penyanyi kumpulan SHINee itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah apartmen dalam hotel residensi di Cheongdam-dong, Gangnam kira-kira 5.10 petang waktu tempatan.
Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Pusat Perubatan Ahsan.
Sebelum membunuh diri, Jonghyun menghantar mesej kepada kakaknya sebagai petanda niatnya untuk mengakhiri hayat.
Kakak Jonghyun kemudiannya menghubungi pasukan penyelamat pada jam 4.42 petang untuk memberitahu tentang cubaan adik kesayangannya itu untuk membunuh diri.
BACA: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
BACA: "Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri
BACA: 'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh
BACA: "Terima kasih kerana respek dan memahami" - Peminat SHINee puji tweet Imran Ajmain
Dalam rakaman kamera litar tertutup yang dikeluarkan SBS pada Selasa, Jonghyun yang memakai jaket hitam ber'hoodie', dilihat sedang membeli barang di kedai serbaneka di aras pertama hotel tersebut.
Laman Koreaboo memberitahu, pemilik kedai itu berkata Jonghyun membeli sekotak rokok, air berkarbonat dan beberapa makanan ringan lain.
Tambah beliau, itu bukan kali pertama Jonghyun menginap di hotel tersebut.
Portal allkpop pula melaporkan, Jonghyun dikatakan pergi ke kedai tersebut setelah menghantar mesej kepada kakaknya.
TONTON: Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
Seorang pengawal keselamatan di kedai tersebut berkata Jonghyun berdiri dan merenung ke dalam kedai itu agak lama.
"Selepas meletakkan kereta di aras B1, dia berdiri di hadapan kedai serbaneka itu di aras yang sama agak lama.
Selepas mendaftar masuk ke hotel, Jonghyun kembali ke keretanya dan memandu di jalan raya depan bangunan hotel itu.
Dia “membuat bising”, menurut pengawal keselamatan tersebut.
Dia memecut kereta sehingga enjin membuat bising. Beberapa ketika kemudian, jalan raya menjadi senyap dan kereta tersebut masuk kembali ke dalam bangunan.”
Dalam sebuah nota kepada rakannya penyanyi kumpulan Dear Cloud, Nine9, Jonghyun memberitahu tentang pengalamannya bergelut dengan kemurungan.
Jonghyun juga dikatakan menyesal dengan hidupnya yang selalu mendapat perhatian umum.
“Menjadi popular bukanlah kehidupanku,” tulis Jonghyun.
Aku rasa sukar setiap masa. Kenapa aku pilih jalan itu? Sukar dipercayai aku dapat harungi banyak dugaan setakat ini,” tambahnya lagi buat kali terakhir.
Agensi
Wed Dec 20 2017
Penyanyi SHINee Kim Jonghyun kali terakhir dilihat pada 18 Disember 2017 di sebuah kedai serbaneka sebelum membunuh diri.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Akui pernah alami depresi, ini nasihat Nazim Othman
Pelakon kacak Nazim Othman mendedahkan menerusi akaun Instagramnya dia pernah mengalami gangguan perasaan atau depresi.
Jonghyun dirakam berada di kedai serbaneka sebelum kematian tragisnya
Rakaman kamera Litar Tertutup CCTV menunjukkan kali terakhir bintang K-pop Jonghyun dilihat hidup sebelum kematian penuh tragis itu berlaku.
"Menjadi popular bukan kehidupanku" - Jonghyun
Penyanyi SHINee Kim Jonghyun kali terakhir dilihat pada 18 Disember 2017 di sebuah kedai serbaneka sebelum membunuh diri.
'Kalau tak suka pun, hormatlah' - Peminat Jonghyun kesal kematian idola diperlekeh
Peminat muzik Korea kesal sikap tidak sensitif segelintir netizen yang mempertikaikan laporan berita kematian idola mereka.
"Terima kasih kerana respek dan memahami" - Peminat SHINee puji tweet Imran Ajmain
Peminat SHINee di Malaysia memuji penyanyi Imran Ajmain kerana memahami kesedihan yang dirasai oleh mereka selepas berita kematian vokalis utamanya, Jonghyun diumumkan semalam.
"Segalanya terlalu sukar, tolong benarkan saya pergi" - Mesej terakhir Jonghyun sebelum bunuh diri
Kakak kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adik kesayangannya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Vokalis utama SHINee, Jonghyun, meninggal dunia pada usia 27 tahun
Ahli kumpulan SHINee, Jonghyun, ditemukan mati oleh kakak beliau di kediamannya di Chungdam, Seoul kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) hari ini.