PADA 4 April 1968, dunia dikejutkan dengan kejadian pembunuhan seorang aktivis hak asasi golongan minoriti, Martin Luther King Jr. di Tennessee, Amerika Syarikat (AS).
King Jr. yang juga seorang pemimpin baptis kelahiran Atlanta, merupakan lelaki termuda yang dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan tahun 1964 atas sumbangannya dalam memerangi ketidaksamaan kaum melalui penentangan tanpa kekerasan.
Beliau yang dilahirkan pada 15 Jan 1929, merupakan jurucakap dan pemimpin berkulit hitam yang terkenal dalam pergerakan hak-hak sivil dari 1954 hingga 1968.
Beliau terkenal dengan jasanya dalam gerakan hak-hak sivil dengan menggunakan taktik tanpa kekerasan berdasarkan ilham daripada gerakan aktivisme pasif Mahatma Gandhi.
Hari ini, genap 50 tahun pemergian seorang pejuang keadilan sosial dan sehingga kini, beliau dikenang dengan ucapannya yang meninggalkan kesan yang amat besar dalam dunia gerakan hak asasi manusia.
I Have a Dream: satu ucapan yang menyeru untuk hentikan sentimen perkauman di AS pada 28 Ogos 1963 di Lincoln Memorial, Washington DC, merupakan legasi retorik beliau yang sangat berpengaruh sepanjang zaman.
Berikut adalah beberapa petikan dalam ucapannya yang penuh inspirasi:
1. "Injustice anywhere is a threat to justice everywhere." (Ketidakadilan di satu tempat adalah ancaman kepada keadilan di seluruh tempat.)
- Petikan daripada penulisan surat di Birmingham City Jail, 1963.
2. "If a man hasn't discovered something he will die for, he isn't fit to live." (Jika seorang itu tidak menemui sesuatu yang ingin diperjuangkan dalam hidupnya, maka dia tidak layak untuk hidup.)
- Petikan daripada ucapan bertajuk Dream sewaktu perarakan Detroit Walk to Freedom, 1963.
3. "As long as there is poverty in this world, no man can be totally rich even if he has a billion dollars." (Selagi masih wujudnya kemiskinan di dunia ini, tiada sesiapa yang akan menjadi kaya sepenuhnya meskipun dia memiliki sebilion dolar.)
- Petikan daripada ucapan bertajuk The American Dream di Gereja Ebenezer Baptist, 1965.
4. "Negroes of the United States, following the people of India, have demonstrated that nonviolence is not sterile passivity, but a powerful moral force…" (Orang kulit hitam di Amerika Syarikat, mengambil contoh orang di India, telah buktikan bahawa ketidakganasan bukan satu tindakan pasif semata, namun adalah satu bentuk kuasa moral yang amat besar.)
- Petikan daripada ucapan sewaktu penerimaan anugerah Hadiah Nobel Keamanan, 1964.
5. "Civilization and violence are antithetical concepts." (Ketamadunan dan kekejaman adalah dua konsep yang bercanggah.)
- Petikan daripada ucapan sewaktu penerimaan anugerah Hadiah Nobel Keamanan, 1964.
6. "Everybody can be great ... because anybody can serve. You don't have to have a college degree to serve. You don't have to make your subject and verb agree to serve. You only need a heart...” (Semua orang boleh menjadi hebat, kerana semua orang boleh berkhidmat. Kamu tidak perlu memiliki ijazah untuk berkhidmat. Tidak perlu aturkan kata dalam ucapan untuk menjadi hebat, kerana apa yang perlu hanya hati yang ikhlas.)
- Petikan daripada khutbah bertajuk The Drum Major Instinct di Gereja Ebenezer Baptist, 1968.
7. "We are caught in an inescapable network of mutuality, tied in a single garment of destiny. Whatever affects one directly, affects all indirectly.” (Kita semua berada dalam satu jaringan permuafakatan, terikat dengan takdir yang satu. Jika seseorang terkesan, semua akan turut terkesan.)
- Petikan daripada penulisan surat di Birmingham City Jail, 1963.
8. "We must use time creatively, in the knowledge that the time is always ripe to do right." (Kita mesti gunakan masa dengan lebih kreatif, kerana kita tahu masa sentiasa tepat untuk buat kebaikan.)
- Petikan daripada penulisan surat di Birmingham City Jail, 1963.
9. "Somewhere we must come to see that human progress never rolls in on the wheels of inevitability. It comes through the tireless efforts and persistent work of dedicated individuals..." (Pada satu masa, kita akan sedar bahawa kemajuan manusia tidak datang tanpa sebarang usaha. Ia datang melalui usaha dan penat lelah individu yang berdedikasi.)
- Petikan daripada ucapan permulaan bertajuk Remaining Awake Through a Great Revolution di Oberlin College, 1965.
10. "Mankind must put an end to war or war will put an end to mankind." (Manusia perlu tamatkan peperangan atau peperangan akan tamatkan manusia.)
- Petikan daripada ucapan permulaan bertajuk Remaining Awake Through a Great Revolution di Oberlin College, 1965.
Faiq Chong
Wed Apr 04 2018

Martin Luther King Jr. terkenal dengan jasanya dalam gerakan hak-hak sivil dengan menggunakan taktik tanpa kekerasan berdasarkan ilham daripada gerkan aktivisme pasif Mahatma Gandhi. - Wikipedia
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid